Keluasan Taman Tasik Manjalara ini ialah 10.6 hektar atau 26.18 ekar. Ia adalah sebuah taman tasik untuk orang ramai beristirehat dan dilawati serta dikunjungi dari masa ke semasa. Taman ini dibina berdasarkan konsep taman rekreasi dan tempat riadah.
Taman ini menjadi tumpuan bagi penduduk Taman Manjalara, Bukit Maluri dan kawasan berdekatan untuk melakukan aktiviti seperti ‘berjogging’ mengelilingi tasik diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya ‘outdoor gym’, taman permainan kanak-kanak ‘intergrated playstructure’ ‘open plaza’, wakaf, ‘jogging track’, tandas awam, refleksologi, dan lain – lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman.
Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Manjalara juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik. Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti hari keluarga, penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (En. Fairuz di talian 011-28133769).
Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460
Kemaskini terakhir:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460