Taman Tasik Titiwangsa

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Titiwangsa
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein Onn. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.

Pihak Dewan Bandarya Kuala Lumpur telah giat membangunkan kawasan lombong yang terbiar disamping menyediakan tempat rekreasi di kawasan lapang dan perumahan untuk menggalakan aktiviti rekreasi di kalangan semua peringkat penduduk di sekitar wilayah Persekutuan. Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur.

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (En. Fuad di talian 013-6663256).

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

4370954
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

19-07-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Titiwangsa

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Titiwangsa
Skip to content