Datuk Bandar Kuala Lumpur Terima Kunjung Hormat Daripada Ketua Polis Kuala Lumpur
YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur, pada hari ini telah menerima kunjung hormat daripada YBhg. CP Dato’ Rusdi Bin Mohd Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur.
Tujuan Kunjung hormat ini adalah bagi membincangkan isu-isu keselamatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berbincang mengenai peluang kerjasama yang dapat dijalankan pada masa akan datang.
Diharapkan dengan ada nya sesi kunjung hormat ini ianya dapat mengeratkan hubungan antara kedua belah pihak.