January 9th, 2025 by Admin JPRK
YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang pertama bagi tahun 2025 pada 7 Januari 2025. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 11 orang ahli lembaga penasihat bersama semua pengarah eksekutif dan ketua-ketua jabatan DBKL.
Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu membincangkan beberapa perkara penting antaranya tindakan mitigasi banjir dengan memperkemaskan sistem scupper drain di tepi jalan awam, memperketat kawalan operasi Bazar Ramadan supaya mematuhi syarat-syarat perniagaan dan keselamatan makanan serta memperindahkan landskap bandar raya melalui penanaman pokok bunga berwarna di sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, mesyuarat juga meneliti laporan dan cadangan perlaksanaan daripada lima Jawatankuasa Penasihat bagi tahun 2025. Laporan ini meliputi aspek tadbir urus bandar raya, komunikasi korporat dan komuniti, bandar raya yang bersih, indah, dan selamat, bandar raya yang kompetitif, serta keindahan bandar dan alam sekitar.
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)