Default Banner

Sesi Libat Urus Pemeriksaan Dan Pencahayaan Bangunan: Ke Arah Kuala Lumpur Yang Selamat Dan Beridentiti

Home / News & Events / Sesi Libat Urus Pemeriksaan Dan Pencahayaan Bangunan: Ke Arah Kuala Lumpur Yang Selamat Dan Beridentiti

July 18th, 2025 by Admin JPRK

Majlis Sesi Libat Urus Pemeriksaan Bangunan Secara Berkala serta Pencahayaan Bangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2025 telah berlangsung hari ini di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Sosioekonomi DBKL, dan dihadiri oleh pelbagai wakil agensi teknikal, pengurusan bangunan serta pihak berkepentingan.

Sesi ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan Seksyen 85A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), yang mewajibkan pemeriksaan berkala terhadap bangunan melebihi lima tingkat dan berusia lebih 10 tahun di Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama, inisiatif pencahayaan bangunan terus digiatkan sebagai usaha memperindah landskap malam ibu kota. Program ini juga berperanan memperkukuh identiti Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang ceria dan selamat, menjelang Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

DBKL merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan sesi ini. Usaha bersama ini diharap dapat memacu Kuala Lumpur ke arah sebuah bandar raya yang progresif, berdaya huni dan berwibawa di peringkat antarabangsa.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

14/09/2025

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO