Default Banner

Endowmen

Utama / Endowmen

Pengenalan Tabung Endowmen

Tabung Endowmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diwujudkan sebagai satu inisiatif strategik bagi memastikan kelangsungan sumber kewangan jangka panjang yang diperlukan untuk menyokong pelbagai projek pembangunan sosial, kemasyarakatan, serta perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai entiti yang bertanggungjawab terhadap pengurusan bandar raya Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyedari kepentingan pengurusan sumber kewangan yang cekap dan berhemah, dengan mengutamakan kebajikan masyarakat.

Tabung Endowmen ini bukan sahaja berperanan sebagai sumber dana bagi pelbagai projek sosial dan pembangunan, tetapi juga menjadi platform untuk individu, syarikat korporat, yayasan, persatuan, agensi kerajaan dan lain-lain menyertai usaha pembangunan masyarakat dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur. Ia berfungsi sebagai landasan yang menggabungkan tanggungjawab sosial dengan pengurusan kewangan berintegriti. Melalui penubuhan tabung ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur komited memastikan setiap dana diterima diurus dan dibelanjakan dengan telus dan bijaksana demi kesejahteraan masyarakat bandar raya Kuala Lumpur.

Pengurusan tabung endowmen ini selari dengan prinsip ESG (Environmental, Social, and Governance), yang menjadi panduan penting dalam pengurusan organisasi moden. Dalam konteks Tabung Endowmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pelaksanaan ESG memastikan bahawa setiap inisiatif dan perbelanjaan mematuhi prinsip tanggungjawab sosial dan kelestarian alam sekitar, serta diurus dengan tata kelola yang telus dan berintegriti. Visi ini juga selaras dengan matlamat SDG (Sustainable Development Goals), di mana aspek kebersihan, kesihatan, kemajuan teknologi, keselamatan, dan kelestarian alam sekitar menjadi komponen utama dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar. Ini memastikan bahawa Wilayah Persekutuan bukan sahaja memenuhi keperluan semasa tetapi juga menjamin kemajuan lestari untuk generasi akan datang.

Melalui Tabung Endowmen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur komited untuk memacu pembangunan bandar yang maju, bersih, dan mesra alam, di samping memastikan kesihatan dan keselamatan warganya. Dengan berpegang pada prinsip-prinsip kelestarian yang kukuh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memastikan Kuala Lumpur terus berkembang sebagai bandar raya bertaraf dunia yang memenuhi aspirasi nasional dan antarabangsa. nasional dan antarabangsa.

MISI

VISI

Menjadi peneraju dalam pengurusan dana endowmen yang mampan dengan memberi impak positif kepada komuniti Kuala Lumpur melalui inovasi, ketelusan dan keberkesanan dalam setiap inisiatif.

TERMA & SYARAT TERIMAAN SUMBANGAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak terikat untuk memberikan sebarang keistimewaan atau layanan khas kepada penderma atas derma tunai atau sumbangan yang diterima.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak memulangkan derma tunai atau sumbangan kepada penderma sekiranya sumber sumbangan tersebut diragui, tidak jelas, atau tidak mematuhi prinsip patuh syariah, selaras dengan keputusan JPATE.

Tabung 1
Pengurusan dan Penyelenggaraan Perumahan Awam/Rakyat
Tabung 2
Program Komuniti
Tabung 3
Program Latihan dan Pendidikan
Tabung 4
Sumbangan Projek Kecil dan Bekalan
Tabung 5
Kemudahan Pengangkutan
Tabung 6
Pembangunan Perniagaan
Tabung 7
Pembangunan dan Penyelenggaraan Landskap
Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

01/07/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO