Monday, 10th August 2020 [ 11:46:12 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Tindakan Ke Atas Warga Asing Yang Berniaga Tanpa Kebenaran

             tn-tindakan-peniaga-asing-3 tn-tindakan-peniaga-asing-1

DBKL terus mengempur terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran. Pada jam 9:00 pagi hari ini (21 Julai 2020 - Selasa) dengan kekuatan 13 anggota, tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan terhadap sebuah kedai makan (Bukan Warganegara) di No. 5 Jalan 3/27, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Pemantauan dan siasatan DBKL mendapati kedai tersebut dijalankan oleh bukan warga negara (Myanmar) serta tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL. Juga terdapat seorang lelaki pembantu gerai yang juga warga Myamnar.

             tn-tindakan-peniaga-asing-4 tn-tindakan-peniaga-asing-5

Gerai tersebut telah diambil tindakan tutup serta merta (sealed) di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bantu kami dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL.