Monday, 10th August 2020 [ 11:00:02 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Operasi Penurunan Iklan Tanpa Kebenaran

             Roboh Iklan 24072020 -1 Roboh Iklan 24072020 -2

DBKL pada 23 Julai 2020 (Khamis) dari jam 10:00 malam hingga 4:00 pagi telah melaksanakan operasi penurunan iklan tanpa lesen di sekitar Kuchai Entrepreneurs Park.

Dengan kekuatan 25 anggota petugas, operasi turut menggunakan peralatan jentera berat seperti kren dan skylif disebabkan letak duduk iklan yang tinggi serta bersaiz besar.

Barang iklan yang diturunkan dibawa ke stor Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL untuk tindakan pelupusan. Semua kesalahan di bawah UUK IKLAN (WPKL) 1982.