Jumaat, 14 Ogos 2020 [ 3:41:58 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Taman-Taman Awam

Cetak

Taman Tasik Danau Kota

Taman Tasik Danau Kota telah dibina bersebelahan dengan Setapak Sentral Mall serta mempunyai keluasan keseluruhan iaitu 37.24 ekar yang merangkumi kawasan kolam takungan seluas 17.17 ekar. Taman ini juga telah dibina berlandaskan konsep pembangunan seperti menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk di kawasan Taman Ibukota, dan sekitarnya di dalam kawasan parlimen Wangsa Maju. Selain itu, taman ini sangat bersesuaian serta memenuhi keperluan bagi semua golongan samaada warga tua, muda dan kanak-kanak termasuklah golongan orang kelainan upaya ’OKU’.

 

Taman ini menjadi tumpuan bagi aktiviti 'jogging' mengelilingi tasik diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya 'outdoor gym', taman permainan kanak-kanak 'intergrated playstructure' yang berkonsepkan ’water play area’, 'open plaza', wakaf, 'jogging track', tandas awam, refleksologi, kawasan lapang dan lain - lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman.

 

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Danau Kota juga sangat sesuai bagi jurugambar untuk 'outdoor shooting' kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan tasik.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176386 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

taman tasik danau kota taman tasik danau kota
taman tasik danau kota taman tasik danau kota
taman tasik danau kota taman tasik danau kota
taman tasik danau kota taman tasik danau kota

 

 

Cetak

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein Onn. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.

 

Pihak Dewan Bandarya Kuala Lumpur telah giat membangunkan kawasan lombong yang terbiar disamping menyediakan tempat rekreasi di kawasan lapang dan perumahan untuk menggalakan aktiviti rekreasi di kalangan semua peringkat penduduk di sekitar wilayah Persekutuan. Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur.

 

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk 'outdoor shooting' kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176386 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

taman tasik titiwangsa taman tasik titiwangsa
taman tasik titiwangsa taman tasik titiwangsa
taman tasik titiwangsa taman tasik titiwangsa
taman tasik titiwangsa taman tasik titiwangsa

 

 

Cetak

Taman Alam Damai

Taman Alam Damai merupakan sebuah taman awam yang terletak di hujung kawasan parlimen Bandar Tun Razak yang bersempadan dengan daerah Hulu Langat. Taman yang berkeluasan 23.4 ekar ini mempunyai topografi yang berbukit – bukit dan bertingkat. Oleh yang demikian, bagi memastikan kestabilan cerun sedia ada, pembangunan landskap tersebut mengekalkan konsep minimal dan semulajadi disamping menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan aktif bagi pengunjung.

 

Di platform bawah merupakan balai ketibaan yang menempatkan tempat letak kereta dan pondok pengawal. Menyusuri laluan pejalan kaki atau ‘jogging’ trek yang penuh dengan pokok – pokok hutan, pengunjung akan tiba di sebuah kawasan lapang yang mempunyai taman permainan kanak – kanak, ‘fitness station’ dan 3 buah kolam tadahan.

 

Konsep dan ciri-ciri taman yang berkonsepkan hutan dalam bandar, dimana ciri-ciri flora yang dirancang dan ditanam adalah dari spesis-spesis yang sesuai kehidupannya di Hutan Tropika seperti pokok kayu keras, paku-pakis dan tanaman menjalar. Taman ini juga ditanam dengan pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman yang tidak beracun demi keselamatan haiwan-haiwan liar yang terdapat di situ contohnya beburung, serangga dan jenis-jenis tupai.

 

Di bahagian atas kolam tersebut merupakan ‘axis’ atau pusat kepada Taman Alam Damai iaitu dataran yang menghubungkan taman dengan kawasan perumahan. Sesuai dijadikan kawasan untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti yoga, taichi dan lain – lain sepertinya.

 

Menaiki lagi platform tertinggi untuk taman tersebut merupakan sebuah laluan lurus seperti ‘avenue’ sepanjang hampir 500 meter yang disusun dengan pokok merawan menuju ke penghujung taman yang menempatkan ‘open lawn’ dan ‘plaza skateboarding’.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

taman alam damai taman alam damai
taman alam damai taman alam damai
taman alam damai taman alam damai
taman alam damai taman alam damai