Majlis Apresiasi 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) Bersama Persatuan Penduduk PA/PPR DBKL

Bagi merancakkan lagi Program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) di kalangan penduduk PA/PPR DBKL, sepanjang tahun 2022 Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah mengadakan Pertandingan Kitar Semula 1C1R yang bertujuan untuk memberi galakan dalam mengamalkan budaya kitar semula.

Sehubungan dengan itu, bagi meraikan para pemenang dan persatuan penduduk yang telah mengambil bahagian, pada malam ini telah diadakan Majlis Apresiasi 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) Bersama Persatuan Penduduk PA/PPR DBKL bertempat di Premeira Hotel Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Hj Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori individu, PA/PPR dan rakan strategik. Bagi kategori individu pemenang tempat pertama adalah Pn Roslinda bt Budin dari PPR Perkasa, tempat kedua adalah En Mohd Isa bin Bakar dari PPR Jelatek, tempat ketiga adalah Tuan Hj. Latiff b Abu Hassan dari PA Seri Perlis 2 dan untuk saguhati telah diperolehi oleh En Mauludin b Mohd Sahar dari PA Seri Sabah 3A dan En Muhd bin Talib dari PPR Seri Pantai.

Johan bagi kategori PA/PPR telah disandang oleh PA Seri Sabah 3A manakala untuk naib johan telah dimenangi oleh PPR Perkasa dan tempat ketiga telah jatuh kepada PPR Raya Permai. Persatuan Penduduk Gombak Setia dan Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia telah menerima tempat saguhati.

Bagi kategori rakan strategik telah diterima oleh En Nor Hilmi bin Mohamad daripada Persatuan Sosioekonomi dan Alam Sekitar (PERSEAS).

Turut menghadiri majlis tersebut adalah YBrs. En Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL,YBrs. Dr Umi binti Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, YBrs. En Zulkifli bin Endut, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL dan YBrs Encik Peter Wong, Pengurus Besar Berjaya Enviroparks Sdn Bhd selaku rakan strategik 1C1R.
Previous The Charity Bazaar Raised RM80,000, Beautiful Gate Kepong Center Hopes For More Public Support – China Press

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2593044
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

20-05-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Majlis Apresiasi 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) Bersama Persatuan Penduduk PA/PPR DBKL

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Majlis Apresiasi 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) Bersama Persatuan Penduduk PA/PPR DBKL
Skip to content