Peniaga Di Jalan Haji Taib, Chow Kit Pula Diserbu DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Cawangan Setiawangsa dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan di sekitar kawasan Jalan Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 malam pada Sabtu, 6 Januari 2024 dan berakhir pada jam 1.00 pagi Ahad, 7 Januari 2024.
 
Operasi khas ini diketuai YBrs. TPj Noor Azman bin Mahlin Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama kekuatan 131 orang pegawai, anggota penguatkuasa dan kakitangan DBKL dengan membuat pemeriksaan keatas aktiviti perniagaan dan penjajaan terdiri daripada ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai (bundle) seperti baju, seluar, kasut dan lain-lain barangan melibatkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga negara asing dari Bangladesh dan Indonesia.
 
Hasil serbuan yang dijalankan, DBKL memeriksa lebih dari 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai dan lain-lain penjualan barangan am dan aksesori yang beroperasi sepanjang Jalan Haji Taib, Chowkit ini. DBKL membuat tindakan sita dan pindah barangan ke atas 12 pemilik aktiviti atau tapak lot perniagaan yang gagal mempamerkan lesen dan dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran melibatkan 9 peniaga barangan terpakai (bundle), 2 peniaga makanan dan minuman serta 1 penjaja ubat-ubatan seks. Tindakan penguatkuasaan operasi khas dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
 
DBKL mengingatkan kepada semua pemegang lesen perniagaan untuk memastikan beroperasi mengikut syarat-syarat yang telah tercatat di dalam lesen perniagaan seperti masa, lokasi tempat dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa bagi melantik mana-mana pembantu premis atau gerai mengendalikan perniagaan. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilakukan sekiranya masih terdapat pemilik aktiviti perniagaan (warga tempatan) menggajikan atau membenarkan warga asing beroperasi termasuk pembatalan lesen perniagaan.
 
Barangan pakaian terpakai (bundle) dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan proses dokumentasi.
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Peniaga Di Jalan Haji Taib, Chow Kit Pula Diserbu DBKL

Previous Iklan Bagi Sewaan Unit Kediaman Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2539336
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

18-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Peniaga Di Jalan Haji Taib, Chow Kit Pula Diserbu DBKL
Skip to content