Default Banner

Majlis Penyampaian Anugerah Citra Komuniti (ACK) 2025 Mengangkat Keunggulan Komuniti Bandar Kuala Lumpur

Home / News & Events / Majlis Penyampaian Anugerah Citra Komuniti (ACK) 2025 Mengangkat Keunggulan Komuniti Bandar Kuala Lumpur

December 28th, 2025 by Admin JPRK

Pada 27 Disember 2025, telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Citra Komuniti (ACK) 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL.

ACK 2025 menjadi platform penting untuk mengiktiraf persatuan penduduk PA, PPR, komuniti perumahan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan besar dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti bandar. Selain itu ia juga merupakan sebagai tanda sokongan berterusan DBKL terhadap usaha memperkasa kepimpinan komuniti bandar.

ACK 2025 mempertandingkan tujuh kategori utama iaitu Persatuan Penduduk Perumahan Awam Terbaik (Pengurusan dan Aktiviti Sosial), Persatuan Penduduk Perumahan Awam Terbaik (Kebersihan dan Penghijauan), Persatuan Penduduk PPR Terbaik (Pengurusan dan Aktiviti Sosial), Persatuan Penduduk PPR Terbaik (Kebersihan dan Penghijauan), Persatuan Penduduk Swasta Terbaik (Pengurusan dan Aktiviti Sosial), Persatuan Penduduk Swasta Terbaik (Residensi Bersih, Ceria dan Unik) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Terbaik.

Dalam majlis yang sama turut disampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Program Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Lobi Lif dan Ruang Tangga Utama PA/PPR 2025, melibatkan pemenang peringkat kawasan dan peringkat Kuala Lumpur.

DBKL berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi inspirasi kepada lebih banyak komuniti untuk tampil aktif, kreatif dan inovatif dalam membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang selamat, bersih, harmoni dan sejahtera untuk semua.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan pemenang pertandingan atas komitmen serta dedikasi dalam memajukan komuniti masing-masing.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

04/01/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO