Default Banner

Turun Padang Parlimen Cheras: Kebersihan, Kemudahan Awam Dan Mitigasi Banjir Jadi Tumpuan Utama

Home / News & Events / Turun Padang Parlimen Cheras: Kebersihan, Kemudahan Awam Dan Mitigasi Banjir Jadi Tumpuan Utama

December 8th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini telah mengadakan sesi turun padang di beberapa kawasan sekitar Parlimen Cheras bagi meneliti isu penjaja, kebersihan, kemudahan awam dan mitigasi banjir demi kesejahteraan penduduk.

Di PPR Pudu Ulu, isu penjaja tidak tersusun dan limpahan sampah akan ditangani melalui penyusunan semula di bawah konsep Lestari Niaga serta naik taraf rumah sampah bagi memperkemas persekitaran.

Di Taman Kobena, isu struktur terbiar dan persekitaran komersial tidak teratur akan dilaksanakan melalui pembersihan, perobohan dan pembukaan laluan baharu. DBKL turut meninjau Mini Pocket Park @ Jalan Selar di Taman Pertama sebagai ruang rekreasi kejiranan yang telah siap.

DBKL juga akan melaksanakan kerja-kerja mitigasi banjir di kawasan Flat Rajawali dan SkyAman 1 Residence susulan kejadian pada 4 Disember 2025. Tindakan susulan akan diteruskan secara berperingkat bagi meningkatkan kualiti persekitaran komuniti Cheras.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

05/01/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO