Pertanyaan ?

03-2109 2100

Fax

03-2109 9260

Alamat

Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur

Visi dan Misi

Visi

Bersatu tenaga bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.

Misi

Ke arah menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sihat dan sejahtera.

# Nama Jawatan No Telefon Email [at]dbkl[dot]gov[dot]my Sektor Bahagian Unit Alamat
1 DR. NOR HALIZAM BINTI ISMAIL PENGARAH GRED UTAMA C VU7 03-21092102 norhalizam - - - -
2 DR. AZARUDDIN BIN HUSIN PEGAWAI PERUBATAN UD14 03-2109 2191 azaruddin - KETUA BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
3 NORHAYATI BINTI MAT SAID PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C14 03-2109 2140 norhayatimatsaid BAHAGIAN ALAM SEKITAR KETUA BAHAGIAN ALAM SEKITAR - -
4 DR. SHARIZA NATASHA BINTI HARIRI PEGAWAI PERUBATAN, UD14 03-2109 2104 sharizanatasha - BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
5 MAZLAN BIN DAHAM PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U13 03-2109 2195 mazlan - BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
6 NORHIDA BINTI AHMAD SANUSI PEGAWAI TADBIR N12 03-2109 2103 rorhida - - - -
7 MOHD SHAHRUL HAFIZI BIN ABDUL RAAWI PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR, GRED C13 03-2109 2146 shahrulhafizi BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR (UKPB) - -
8 DR. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAINAL ABIDIN PEGAWAI PERUBATAN UD12 03-2109 2225 muhammadfirdaus UNIT KAWALAN VEKTOR PEST BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
9 DR. ATHIRAH BINTI KAMARUL ZAMAN PEGAWAI PERUBATAN UD12 03-2109 2255 athirahkamarul UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
10 DR. MARIAM AMALIA BINTI MOHD NASIR PEGAWAI PERUBATAN UD12 03-2109 2256 mariamamalia UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
11 DR. SITI SARAH BINTI AMRAN PEGAWAI PERUBATAN UD12 03-2109 2257 UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
12 DR. MUHAMMAD AIZAT HAZWAN BIN AHMAD NAZRI PEGAWAI PERUBATAN UD12 03-2109 2258 aizathazwan UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
13 BAHIATUL HANAN BINTI YAACOB PEGAWAI SAINS C12 03-61366100 bahiatul PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN (FoSAC) BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
14 DR. NOR MAHIRAH BINTI NORRASID PEGAWAI PERUBATAN UD12 03-2109 2258 normahirah UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
15 NUR AZYAN FATHIAH BINTI AZMAN PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C10 03-2109 2142 nurazyan BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR (UPAS) - -
16 NOOR AZIRA BINTI AZIZAN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U10 03-2109 2194 noorazira SEKSYEN PENGURUSAN PREMIS SEJAHTERA BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
17 RUSUATI BINTI ABD WAHAB PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9 03-2109 2226 rusuati UNIT KAWALAN VEKTOR DAN PEST BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
18 NUR AIN ALIA EDWARD PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9 nurainalia SEKSYEN KAWALAN STRATEGIK DAN LITIGASI BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
19 VISINAH BINTI SAIMIN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9 03-2109 2194 SEKSYEN KESELAMATAN MAKANAN, AIR DAN KEBERSIHAN PREMIS BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
20 AHMAD HAREEZ BIN MOHAMADIAH PEGAWAI SAINS C10 03-61366100 ahmadhareez PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN (FoSAC) BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
21 RENITHA A/P HARIKRISHNAN PEGAWAI SAINS C9 03-61366100 renitha PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN (FoSAC) BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
22 ABDUL HAKIM BIN AHMAD BUSTAMAN JURURAWAT GRED U9 03-2109 2263 - BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
23 WAN MOHD SUHAIL BIN WAN SENU PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C9 03-2109 2144 wanmohdsuhail BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
24 MUHAMMAD KHALIL BIN ZOLKIFLEE PEGAWAI TADBIR N10 03-2109 2224 muhammadkhalil - - - -
25 THANES BALAKRISHNA PEGAWAI TADBIR N9 03-2109 2108 thanes - - - -
26 MUHAMMAD ZULHUSNI BIN DERMAN PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C9 03-2109 2143 BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KOORDINASI BAHAGIAN (UKB) - -
27 NUR HAYATI BINTI ISMAIL PENOLONG PEGAWAI TADBIR N7 03-2109 2107 nurhayati - - - -
28 MOHD ZAMBRI BIN MOHD SHARIFF PENOLONG PEGAWAI SAINS C7 03-6136 6100 mohdzambri PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN (FoSAC) BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
29 MOHD. KASIM BIN KHALI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U7 03-2109 2223 UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
30 NOR HAIZAL BIN ZULKIFLI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U7 03-2109 2275 norhaizal UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
31 AZLI SYAM BIN MOHD ANUAR PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9 03-4266 0721 azlisyam - - - -
32 MOHD RAZIF BIN SARKAM PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U7 011-64029478 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI ZON 2 BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT SANITASI DAN VEKTOR -
33 HAYATIL AQIDAH BINTI NOR AZMI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U7 03-4032 9230 - - - -
34 ROSLINA BINTI MAT SAID PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U7 03-6277 0151 roslina - - - -
35 NOOR AZURA BINTI HAMID PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U7 03-6184 2041 - - - -
36 WAN MOHD ARIF BIN WAN ALI JURURAWAT U7 03-2109 2265 UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
37 MUHAMED NEHAL BIN SHEIKH DAVOOD PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U6 03-2109 2274 UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
38 MOHD HAMBALI BIN ZAINAL PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2109 2319 SEKSYEN KESELAMATAN MAKANAN, AIR DAN KEBERSIHAN PREMIS BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT KAWALAN MUTU AIR DAN MAKANAN -
39 DARSHAN KUMAR SURI A/L SEWA SHAH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2109 2290 darshankumarsuri UNIT PENGESAHAN KEMATIAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
40 ZALMAWATI BINTI MAAROF PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-9205 5703 zalmawati - - - -
41 MUHAMMAD MU'ALLIM BIN SHAMARUDDIN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-4266 0721 muallim - - - -
42 ROZAINI BINTI ABDUL RAHMAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-21092177 rozaini BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR (UPAS) - -
43 MUHAMMAD SAFAWIE BIN SAAD PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U7 03-9205 5035 safawie PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN CHERAS & BANDAR TUN RAZAK BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT SANITASI DAN VEKTOR -
44 ASY SYAHIDAH BINTI RAHIMAD PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 017-2150780 asysyahidah PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN VEKTOR -
45 NIETIE HASHIELLA BINTI RUSLI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 010-4049077 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT SANITASI PREMIS -
46 HAZIRAH BINTI BASRI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 013-2406543 - - - -
47 SITI AMILA BINTI MOHD ZOLKEPLI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2109 2226 sitiamila - - - -
48 SUMATHI A/P PERUMAL PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2028 2684 sumathi - - - -
49 ROSFAIZAH BINTI ABD RAHMAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 011-10680400 rosfaizah - BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN VEKTOR -
50 NIK HARITHSAN BIN MOHD SERAJI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-4266 0721 nikharithsan - - - -
51 NURUL HANIM BINTI MHD NORMAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-4032 9230 - - - -
52 HANIS HASLINDA BINTI ABD HADI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-21092175 hanishaslinda BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
53 PIZA BINTI MAT DAM PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2109 2198 piza - SEKSYEN KESELAMATAN MAKANAN,AIR DAN KEBERSIHAN PREMIS UNIT LESEN PREMIS/UNIT SANITASI PREMIS -
54 VIMALA A/P DURIRAJOO PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-6277 0152 vimala - - - -
55 FAUZIAH BINTI RUYANI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2028 2684 fauziahruyani - - - -
56 NUR MUNIRAH BINTI MUSTAFA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2109 2226 - - - -
57 AMY NURASHYKIN BINTI AMIRUDDIN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-92210419 amynurashykin UNIT KAWALAN PEST BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN PEST -
58 MUHAMMAD HAFIZUDDEEN BIN HUSIN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-91723807 hafizuddeen PUSAT LOGISTIK VEKTOR BAHAGIAN KESIHATAN AWAM PUSAT LOGISTIK VEKTOR -
59 MUHAMMAD HAZWAN SAFWAN BIN JA'AFAR PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-21092181 BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR (UPAS) - -
60 TENGKU ZAIM BIN TENGKU ZULKARNAIN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-2109 2203 SEKSYEN PENGURUSAN PREMIS SEJAHTERA BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT KHIDMAT RESPON/UNIT PERANGKAP MINYAK/UNIT PENARAFAN PREMIS -
61 NOOR FARAHA BINTI ASRI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-21092196 SEKSYEN KAWALAN STRATEGIK DAN LITIGASI BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT PENGUATKUASAAN -
62 NURMAH BINTI ABDUL RAMAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U6 03-21092197 nurmah SEKSYEN KAWALAN STRATEGIK DAN LITIGASI BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT STRATEGI DAN OPERASI -
63 HANAFIZAH BINTI MAT NOH JURURAWAT U6 03-2109 2269 UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
64 VITHYA A/P VIJAYAN JURURAWAT U6 03-2109 2271 UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM - -
65 MOHMAD PIRDAUS BIN JAMAHARI PENOLONG JURUTERA J5 03-21092166 BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR (UKPB) SEKSYEN KAWALSELIA PEMBERSIHAN - UKPB -
66 NURASNIZA BINTI SHAFIEI PENOLONG JURUTERA J5 03-2109 2119 Nurasniza - - - -
67 MOHAMAD SYAMIR BIN ABDULLAH SANI PENOLONG JURUTERA AWAM J5 03-2109 2166 mohamadshamir BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR (UPAS) SEKSYEN KEJURUTERAAN -
68 HASRULHAIRIN BIN MUHAMAD PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2290 - - - -
69 NURNADYA BINTI RIDUAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2175 - - - -
70 MOHAMMAD FARIS BIN ZAKARIA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 mohammadfaris - - - -
71 SITI SARAH BINTI RAMLI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2199 sitisarah SEKSYEN KESELAMATAN MAKANAN, AIR DAN KEBERSIHAN PREMIS BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT LESEN PREMIS -
72 SITI ROHANI BINTI BINCHANG PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2199 SEKSYEN KESELAMATAN MAKANAN, AIR DAN KEBERSIHAN PREMIS BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT SANITASI PREMIS -
73 KOUSILA A/P SELVARAJAH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-6277 0151 - - - -
74 MOHAMAD FARHAN BIN MOHAMAD KAMA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 017-3693649 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN VEKTOR -
75 MUHAMMAD NADZMI BIN ABDULL SITAR PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2236 - - - -
76 MOHD SYAZWAN BIN ZULKIFLEE PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-92210360 UNIT KAWALAN PEST BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN PEST -
77 MUHAMMAD FARIZ BIN MOHAMAD PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-21092170 BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
78 MUHAMMAD AMZAR SYAHMI BIN RADUAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 019-6085707 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN VEKTOR -
79 MUHAMMAD NAZRI BIN YUSSAINY PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-21092900 BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
80 MUHAMMAD HISYAMUDDIN BIN YUSOF PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 011-26286838 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT SANITASI PREMIS -
81 FATHIYAH BINTI MOHD FUAD PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2234 - - - -
82 OMPREKASH A/L KARUNAKARAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-21092163 BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR (UKPB) SEKSYEN KECEMASAN, KEMUDAHAN AWAM DAN PERKUBURAN (SKKAP) -
83 ADAM SUHAIRI BIN ROMI SUHAIRI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 012-2410100 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI ZON 2 BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT SANITASI PREMIS -
84 UMI NUWAIRAH BINTI SAMLAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 013-3778527 PEJABAT KESIHATAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN UNIT SANITASI PREMIS -
85 AMIRUL AFIQ BIN ABD RAZAK PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 2175 amirulafiq BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
86 DANIAL RAZIN BIN YUSRI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-2109 350 danialrazin BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
87 NURFAJARIYANTI BINTI MASKUM PENOLONG AKAUNTAN W5 03-2109 2187 nurfajariyanti BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KOORDINASI BAHAGIAN SEKSYEN KEWANGAN -
88 MOHD ROSDI BIN MD SAAD PENOLONG PEGAWAI TADBIR N6 (TBK1) 03-2109 2233 mohdrosdi - - - -
89 SITI HAJAR BINTI ABD RASHID PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 03-2109 2186 sitihajarrashid BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KOORDINASI BAHAGIAN SEKSYEN PENTADBIRAN -
90 ROZITA BT SAIDIN PENOLONG PEGAWAI SAINS C6 03-6136 6100 PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN (FoSAC) BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
91 NURUL AMIRA BINTI SA'ARI PENOLONG PEGAWAI SAINS C5 03-6136 6100 PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN (FoSAC) BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - -
92 AZIZUL BIN AWANG PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C5 03-2109 2170 azizulawang BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
93 NUR ADILAH BINTI RIDDUAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C5 03-21092174 nuradilah BAHAGIAN ALAM SEKITAR UNIT KAWALAN PENCEMARAN (UKPCN) - -
94 ARTIKAH BINTI MOKHTAR SETIAUSAHA PEJABAT N7 03-21092102 artikah - - - -
95 NUR AZIRA BINTI AZRI PEM. SETIAUSAHA PEJABAT N1 03-2109 2192 - - - -
96 SYAZWANI BINTI YUSOFF PEM. SETIAUSAHA PEJABAT N1 03-2109 2141 syazwani - - - -
97 EZZA FATIN BINTI JAMALUDDIN PEM. SETIAUSAHA PEJABAT N1 03-2109 2105 - - - -
98 NUR NABILA ZARIS BINTI ZAKARIA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 03-9221 0419 UNIT KAWALAN PEST BAHAGIAN KESIHATAN AWAM UNIT KAWALAN PEST -
99 ROSLE BIN MOHAMAD KHATIB PEMBANTU TADBIR(P/O) N2 03-9284 3434 - - - -
Tajuk Bahagian Kemaskini Terakhir Jumlah Muat Turun Muat Turun
BORANG KAD KESIHATAN JKAS DBKL UNIT SUNTIKAN TIFOID 05/05/2026 470
BORANG PERMOHONAN IBADAH KORBAN UNIT KAWALAN PEST 17/04/2025 615
Tajuk Bahagian Kemaskini Terakhir Jumlah Muat Turun Muat Turun
GARIS PANDUAN KAWALAN PENCEMARAN BAGI PREMIS CUCIAN KENDERAAN, DOBI DAN BENGKEL KENDERAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 12/03/2026 45
GARIS PANDUAN KAWALAN KACAU GANGGU BUNYI BISING WPKL 12/03/2026 101
NOTIS DENGGI KEPADA PENDUDUK 13/06/2025 110
POSTER DENGGI : NOTIS PEMAKLUMAN KEPADA PENDUDUK 13/06/2025 63
LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI 13/06/2025 58
PANDUAN PERMOHONAN LESEN ANJING SECARA ONLINE 19/05/2025 1402
GARIS PANDUAN PENGURUSAN IBADAH KORBAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (WPKL) 26/03/2024 408

KLINIK

1. Adakah orang awam boleh menggunakan khidmat Klinik Kakitangan DBKL?

Tidak. Perkhidmatan Klinik Kakitangan DBKL hanya diberikan kepada kakitangan, Pesara dan tanggungan DBKL.

2. Apakah jenis perkhidmatan kesihatan yang disediakan di klinik ini?

Klinik menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar, pemeriksaan kesihatan, pembekalan ubat, serta ujian makmal asas. Kes yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital panel.

3. Apakah waktu operasi klinik bagi mendapatkan rawatan?

Waktu operasi klinik adalah pada hari bekerja mengikut jadual yang ditetapkan. Pesakit disarankan untuk menyemak jadual semasa melalui sistem atau kaunter klinik.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan?

Dalam keadaan kecemasan di rumah atau di pejabat, kakitangan /pesara dan tanggungan hendaklah menghubungi talian kecemasan 999 atau terus mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang terdekat.

Sebarang maklumat berkaitan penyakit atau rawatan susulan boleh dimaklumkan kepada Klinik Kakitangan DBKL sekiranya perlu bagi tujuan penyimpanan rekod dan urusan susulan yang berkaitan.

5. Apakah dokumen yang diperlukan bagi membolehkan saya mendapatkan rawatan di klinik ini?

Pesakit perlu mengemukakan kad pengenalan serta kad kakitangan DBKL. Bagi tanggungan, dokumen sokongan seperti sijil kelahiran atau sijil perkahwinan perlu dikemukakan sebagai bukti kelayakan.

SUNTIKAN TIFOID

1. Adakah DBKL menyediakan suntikan tifoid untuk orang awam?

Ya. DBKL menyediakan perkhidmatan suntikan tifoid terutamanya kepada pengendali makanan bagi tujuan pematuhan syarat kesihatan dan pelesenan.

2. Siapa yang wajib mengambil suntikan tifoid ini?

  1. Pengendali Makanan: Diwajibkan di bawah undang-undang (seperti Akta Makanan di Malaysia) bagi semua peniaga, tukang masak, dan pekerja premis makanan untuk melindungi kesihatan awam.

  2. Pengembara: Individu yang melancong atau tinggal di kawasan di mana demam kepialu kerap berlaku.

  3. Petugas Kesihatan & Kakitangan Makmal: Mereka yang kerap mengendalikan bakteria Salmonella Typhi.

4.Penduduk Setempat: Individu yang tinggal di kawasan yang mempunyai masalah sanitasi atau bekalan air yang tercemar.

3. Perlu buat temujanji atau boleh walk-in?

Pelanggan boleh mendapatkan suntikan atau perkhidmatan dengan hadir terus ke unit tanpa temu janji.

4. Apakah kaedah bayaran yang digunakan oleh Unit Suntikan?

Bermula Januari 2026, DBKL telah beralih ke arah bebas tunai. Kaedah bayaran yang digunakan oleh Unit Suntikan ialah melalui penggunaan Kad Debit atau Kad Kredit sahaja.

5. Apakah perkhidmatan lain yang ada di Unit Suntikan JKAS?

  1. Suntikan Tifoid

  2. Suntikan Meningitis

  3. Pengeluaran Kad Kesihatan kepada pekerja dalam bidang kesihatan.

  4. Pengeluaran Kad Gantian (Kad Suntikan Tifoid dan Kad Kesihatan)

  5. Kaunter terimaan bayaran Kompuan Jentik - jentik.

  6. Kaunter Terimaan bayaran Permit Gali Semula Kubur.

FoSAC

1. Apa fungsi Pusat Analisis Dan Sekuriti Makanan (FoSAC) di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar?

Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC), adalah makmal analisis makanan di bawah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang berperanan menjalankan analisis kimia dan mikrobiologi bagi sampel penguatkuasaan serta pemantauan berterusan terhadap keselamatan makanan, kualiti air dan alam sekitar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC)?

FoSAC menyediakan perkhidmatan analisis makmal yang merangkumi:

i.      Analisis kimia (Residu Racun Perosak, Aditif Makanan, Logam Berat dan Kualiti Air)

ii.     Analisis Mikrobiologi

Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan makanan, kualiti air dan alam sekitar.

3. Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan Pusat Analisis Dan Sekuriti Makanan (FoSAC)

Perkhidmatan FoSAC terbuka kepada agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi, usahawan serta orang awam yang memerlukan perkhidmatan analisis makmal yang diakreditasi dibawah MS ISO/IEC17025:2017, keputusan yang boleh dipercayai pada harga yang berpatutan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui:

Emel: fosac@dbkl.gov.my

Portal rasmi: https://fosac.dbkl.gov.my/

4. Apakah waktu operasi pejabat FoSAC?

Waktu operasi adalah

Isnin–Jumaat 8:00 pagi – 4.30 petang (cuti umum ditutup).

Waktu rehat adalah 1.00 tengahari –2.00 petang.

5. Berapa lamakah tempoh masa pengeluaran laporan analisis?

Tempoh pengeluaran laporan analisis bergantung pada jenis ujian yang dijalankan. Secara umum, laporan analisis akan dikeluarkan dalam tempoh 14-30 hari bekerja selepas penerimaan sampel.

UNIT PROMOSI KESIHATAN

1. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Promosi Kesihatan?

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah menjalankan program ceramah, pameran kesihatan, hebahan awam dan edaran bahan-bahan pendidikan kesihatan kepada kakitangan DBKL serta warga kota.

2. Berapa kerap seseorang kakitangan boleh membuat Pemeriksaan Inbody?

Seseorang kakitangan boleh membuat Pemeriksaan Inbody sekurang-kurangnya selepas setahun dari tarikh pemeriksaan yang pertama dijalankan.

3. Siapakah yang boleh menyertai Klinik Berhenti Merokok?

Peserta adalah terbuka kepada semua pegawai/ kakitangan DBKL yang masih berkhidmat.

 Setiap peserta adalah dikehendaki melengkapkan 3 Siri Temujanji Klinik.

4. Bagaimanakah kaedah permohonan bagi mengadakan Program Kesihatan?

Setiap permohonan perlu melalui jabatan bagi mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan.

Hanya permohonan yang diluluskan akan diproses.

5. Berapa kali program derma darah anjuran JKAS diadakan dalam tempoh setahun?

Program Derma Darah anjuran JKAS diadakan sebanyak 3 Siri dalam tempoh setahun dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN).

6. Apakah kaedah untuk sekolah menyertai Program COMBI DBKL.

Terdapat dua kaedah dimana:-

 1. Permohonan dibuat terus kepada Jabatan dan mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan.

2. Unit Promosi akan menghubungi pihak sekolah yang telah disenarai pendek oleh Pejabat Kesihatan Zon yang mempunyai rekod penemuan pembiakan jentik-jentik.

VEKTOR DAN PEST

1. Apakah fungsi utama Unit Kawalan Vektor dan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL?

Fungsi utama unit ini ialah memantau, mencegah dan mengawal penyakit bawaan vektor serta gangguan pest (perosak) yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

 Antara fungsi utama tersebut seperti :

      i.       Mengawal penyakit bawaan vektor iaitu Demam Denggi dan Chikungunya ;

    ii.        Pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan (PTP) nyamuk ;

  iii.    Pelaksanakan aktiviti semburan Ruang Thermal (SRT-fogging) dan semburan Ultra Low Volume (ULV) bagi membunuh nyamuk dewasa ;

   iv.        Penguatkuasaan undang- undang ;

    v.        Kawalan Pest (makhluk perosak).

2. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki saya telah dijangkiti Demam Denggi?

Jika anda mengesyaki anda telah dijangkiti Demam Denggi, anda perlu segera ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital) yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan dan sekiranya anda disahkan positif virus Denggi, pihak fasiliti kesihatan akan membuat notifikasi kes tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran bagi tujuan tindakan siasatan dan kawalan.

3. Adakah semburan asap kabus (fogging) itu mendatangkan bahaya kepada manusia?

Ya, asap semburan kabus nyamuk Aedes boleh membahayakan kesihatan manusia dan haiwan peliharaan sekiranya terdedah secara langsung atau dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun dos yang digunakan direka untuk membunuh nyamuk, racun seperti Deltamethrin atau Malathion yang digunakan boleh menyebabkan Keracunan Makanan dan kerengsaan pada paru-paru.

Walaupun berbahaya jika terhidu secara langsung, semburan asap (fogging) adalah perlu untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa semasa ada kes/wabak Demam Denggi.

Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk mengurangkan risiko. Hebahan melalui siaraya juga dilaksanakan sebelum sebarang aktiviti kawalan semburan kabus dijalankan.

4. Adakah aduan kacauganggu haiwan peliharaan di kawasan berstrata yang ada pengurusan sendiri (JMB/MC) di bawah tanggungjawab DBKL untuk diselesaikan?

Tidak. Bagi kacauganggu haiwan peliharaan di dalam kawasan berstrata yang ada pengurusan sendiri (JMB/MC) adalah di bawah tindakan pihak pengurusan itu sendiri untuk menyelesaikannya.

5. Kenapa unit ini tidak membuat aktiviti kawalan haiwan berkeliaran atau haiwan makhluk perosak di pangsapuri / kondominium / kuarters kerajaan / balai polis / kem tentera?

Di dalam kawasan pangsapuri / kondominium / kuarters kerajaan / balai polis / kem tentera lazimnya merupakan premis persendirian, premis  berpengurusan sendiri (JMB/MC) atau di bawah pentadbiran agensi tertentu. Oleh itu, semua penyelenggaraan termasuk kawalan haiwan berkeliaran dan kawalan haiwan makhluk perosak adalah di bawah pihak pengurusan atau agensi tersebut.

Pecahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

 -       Pangsapuri / kondominium – di bawah pihak pengurusan (JMB/MC)

-       Kuarters kerajaan – di bawah jabatan atau agensi pengurusan kuarters

-       Balai Polis – di bawah PDRM

Kem Tentera – di bawah ATM / Kementerian Pertahanan.

6. Adakah unit ini menyediakan khidmat menangkap ular atau haiwan liar yang lain?

Tidak. Unit Kawalan Pest DBKL hanya membuat kawalan bagi haiwan seperti tangkapan anjing dan kucing terbiar, haiwan ruminan (seperti lembu, kerbau, kambing) yang terlepas ke kawasan awam dan sitaan ayam / itik. Manakala bagi kawalan haiwan makhluk perosak hanya dibuat di premis-premis DBKL sahaja (pejabat-pejabat DBKL).

Bagi aduan mengenai ular dan haiwan lain, pecahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

  •     Ular – Unit Flying Squad, Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar / Pihak Bomba

  • Monyet, Kera, Musang, Biawak, Babi – PERHILITAN

7. Adakah unit ini ada membuat operasi menembak gagak?

Tidak. Operasi menembak gagak adalah di bawah Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

8. Bolehkan unit ini mengambil anjing / kucing di rumah saya sebab saya tidak mahu pelihara lagi?

Tidak. Sila buat serahan anjing  kucing tersebut kepada pusat perlindungan haiwan (shelter) berhampiran.

9. Bolehkan unit ini menghantar patil / tag anjing ke rumah saya?

Tidak. Walau bagaimanapun pemilik boleh membuat penghantaran melalui aplikasi apps lalamove.

ALAM SEKITAR

1. Bagaimanakah cara memohon perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti sapuan jalan, cucian longkang, pemotongan rumput dan lain lagi ?

Permohonan boleh dibuat melalui surat, emel atau di dalam Sistem iWaste@KL yang boleh diakses melalui portal DBKL.

 

Berikut adalah keperluan asas bagi permohonan.

 A) Dokumen Diperlukan:

1.    Surat permohonan rasmi – menyatakan nama pembangunan, alamat lengkap, jumlah bilangan pintu/unit dan maklumat PIC.

 

2.    Salinan Borang F / CCC.

 

3.    Pelan sistem pelupusan sampah yang telah diluluskan oleh SWCorp.

 

B) Proses & Tempoh:

 

Permohonan akan diproses dalam tempoh sehingga 6 bulan daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap.

2. Apakah had bunyi bising yang dibenarkan di kawasan premis atau aktiviti di WPKL?

Had bunyi bising adalah tertakluk kepada jenis guna tanah, tempoh masa dan aktiviti yang dijalankan seperti kawasan kediaman, komersial atau industri. Premis hendaklah memastikan tahap bunyi tidak menyebabkan kacau ganggu kepada penghuni atau orang awam di sekitarnya. Had bunyi bising boleh dirujuk berdasarkan Garis Panduan Kawalan Kacau Ganggu Bunyi Bising WPKL yang dikeluarkan oleh DBKL.

3. Apakah langkah mitigasi atau Best Management Practices (BMP) bagi mengurangkan bunyi bising?

Langkah mitigasi dan Best Management Practices (BMP) bagi kawalan bunyi bising adalah berbeza mengikut jenis dan sumber bunyi bising seperti aktiviti pembinaan, hiburan, komersial, peralatan perkhidmatan bangunan (Air Conditioning and Mechanical Ventilation – ACMV) dan lain-lain aktiviti berkaitan.

Sehubungan itu, pemilik premis, operator atau pihak berkaitan adalah disarankan untuk merujuk dan mematuhi keperluan mitigasi serta BMP yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Kawalan Kacau Ganggu Bunyi Bising WPKL oleh DBKL.

4. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat aduan bunyi bising?

DBKL boleh menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap premis atau aktiviti yang menyebabkan kacau ganggu bunyi bising kepada orang awam. Sekiranya didapati melanggar syarat lesen atau peraturan berkaitan, tindakan seperti amaran, kompaun, sitaan atau tindakan undang-undang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa. Orang awam disarankan untuk menyalurkan aduan melalui saluran rasmi DBKL (Adu@KL) dengan menyertakan maklumat lokasi, masa kejadian dan bukti berkaitan bagi memudahkan siasatan dijalankan.

5. Di manakah lokasi kios 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) untuk saya menghantar barangan kitar semula?

JKAS mempunyai lapan (8) buah kios

i) PPR Seri Alam

ii) PPR Beringin

iii) PPR Seri Kota

iv) Wangsa Maju Seksyen 2

v) PA Seri Pulau Pinang

vi) PPR Kerinchi

vii) PPR Bukit Jalil

viii) PPR Kpg. Muhibbah

PENGESAHAN KEMATIAN

1. Bolehkah waris / penjaga membuat laporan kematian akibat sakit tua (60 tahun ke atas) di DBKL (Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar)?

Boleh, waris sahaja dibenarkan dengan syarat hadir ke Unit Pengesahan Kematian di tingkat LG (Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar)  dan membuat permohonan tersebut.

2. Apakah tempoh masa untuk pengesahan oleh Unit Pengesahan Kematian DBKL?

Pengesahan akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan.

3. Sekiranya kematian akibat sakit tua berlaku di luar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bolehkah waris melaporkan kepada DBKL?

Waris tidak perlu melaporkan kepada DBKL, sebaliknya terus membuat laporan kepada pihak polis.

KESIHATAN PERSEKITARAN

1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan surat sokongan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) bagi kelulusan lesen premis / lesen minuman keras?

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

1.    Permohonan surat sokongan premis  / pemeriksaan semula oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (Sanitasi) dari pemohon di alamatkan kepada Pengarah, Jabatan kesihatan dan Alam Sekitar.

2.     Satu Salinan lesen premis perniagaan terdahulu.

3.     Satu Salinan pendaftaran perniagaan (SSM).

4.     Satu Salinan Kad Pengenalan/Passport pemohon.

5.    Satu salinan surat tolak/lulus sementara/lulus bersyarat/lulus tetap daripada Jabatan Pelesenan Dan pembangunan Perniagaan (JPPP).

6.     Gambar menunjukkan bahagian luar dan dalam premis perniagaan.

i.     Jika premis perniagaan adalah;

a)     Restoren/ kedai makan/ kafe atau menjual makanan/ minuman, dokumen berikut perlu dilampirkan;

            i.     Salinan suntikan Anti Tifoid setiap pengendali makanan.

           ii.     Salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan setiap pengendali makanan.

      iii.  Gambar papan tanda premis, ruang makan, ruang dapur/ ruang penyediaan makanan dan minuman.

          iv.     Gambar perangkap minyak.

b)     Pusat kecantikan dan rawatan kesihatan

             Kad kesihatan

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan surat sokongan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar bagi Taska/Tadika/Pusat Tuisyen/Pusat Bahasa/Pusat Latihan/Pusat Perkembangan Minda/Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Swasta/IPTA/IPTS/MLVK?

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

1.    Permohonan surat sokongan oleh pemohon berserta salinan surat sokongan dari JKMWPKL/JPT/ JPWPKL/JAWI.

2.   Pelan lantai premis dalam ukuran meter berserta lakaran kegunaan setiap ruang. Nama premis berserta alamat lengkap dan No.tel ditulis pada bahagian atas pelan lantai.

3.     Pelan lokasi premis.

4.     Salinan suntikan Anti-Tifoid bagi setiap pekerja yang terlibat dengan penyediaan makanan.

5.     Sijil kursus pengendali makanan bagi setiap pengendali makanan.

6.     Gambar alat perangkap minyak di bawah sinki dapur/pantry.

7. Salinan dokumen kerja-kerja pest control terkini dijalankan oleh premis.

3. Permohonan lesen premis / lesen minuman keras saya di TOLAK sebab ‘Tiada kelulusan dari Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (Sanitasi). Apa yang perlu saya buat?

Tuan/ Puan boleh hadir ke Bahagian Kesihatan Persekitaran, Tingkat 2, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS) DBKL, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur untuk diberi penerangan. Lazimnya pemeriksaan semula premis akan dibuat. Surat Sokongan akan diberikan sekiranya premis atau operasi  perniagaan tuan/puan telah mematuhi undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan.

4. Apakah aktiviti perniagaan dibawah kategori Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan?

Aktiviti perniagaan yang dikategorikan di bawah Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan adalah:-

 

i.     Perkhimatan seperti berikut atau kombinasinya- rawatan muka,merias kuku dan tangan, menanggalkan bulu, dandan rambut, mencacah, solekan dan anadaman, melangsing badan, mandi herba/susu/bunga, lulur dan sebagainya

ii.    Perkhidmatan urutan secara tradisional, orang kurang upaya,refleksologi, aromaterapi atau urutan moden mengunakan apa-apa alat termasuklah akupuntur,fisioterapi dan bekam.

iii.     Sauna / SPA dan Jakuzzi

iv.    Aerobik / pusat kecergasan / gymnasium

v. Pusat mediatasi.

5. Apakah jenis aktiviti perniagaan yang mewajibkan pemilik atau pengendali memiliki Kad Kesihatan sebagai syarat kelulusan lesen premis DBKL?

Jenis aktiviti perniagaan yang perlu mendapatkan kad kesihatan adalah aktiviti perniagaan dikategorikan sebagai pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.

6. Bagaimanakah cara mendapatkan kad kesihatan?

Perlu mendapatkan borang laporan kesihatan bagi permohonan kad kesihatan DBKL di Unit Suntikan, Lower Ground, Bangunan Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS) DBKL, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. Pemohon akan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh mana-mana Pengamal Perubatan (doktor) yang berdaftar di Pusat Perubatan Swasta/Klinik Swasta. Borang laporan kesihatan yang lengkap diisi oleh pengamal perubatan diserahkan kepada Unit Suntikan untuk semakan bagi tujuan pengeluaran kad kesihatan.

7. Siapakah yang perlu mendapatkan kad kesihatan?

Semua pekerja di pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan diwajibkan mempunyai kad kesihatan.

8. Bolehkah saya merayu pembatalan notis kompaun (sanitasi) yang saya terima jika ada kesilapan pada notis itu?

Ya. Bahagian Kesihatan Persekitaran akan menjalankan siasatan terlebih dahulu. Jika didapati ada berlaku pindaan/ralat,maka pihak kami akan keluarkan surat pemakluman ke Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan (JUP).

9. Selepas membersihkan premis makanan saya yang ditutup oleh JKAS kerana kotor; adakah saya boleh membuka serta menjalankan perniagaan semula?

Tidak. Tuan/puan hendaklah terlebih dahulu memaklumkan secara rasmi(surat) ke JKAS untuk dijalankan pemeriksaan semula bagi memastikan sama ada tuan/puan telah mematuhi arahan-arahan dinotis penutupan itu.