DBKL Tower 2
Utama / Jabatan / Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan

Pertanyaan ?

03-2028 2521/ 2205 / 2601

Fax

03-2694 7758 / 03-2692 3028

Alamat

Tingkat 4-5 & 9, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Visi dan Misi

Visi

Mewujudkan komuniti perniagaan yang professional dan berintegriti bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka selaras dengan visi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Misi

Meningkatkan keupayaan dan daya usaha ke arah mewujudkan komuniti perniagaan formal dan tidak formal yang profesional dan berdisiplin bagi memajukan perkembangan ekonomi dalam membantu mencapai visi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia

# Nama Jawatan No Telefon Email [at]dbkl[dot]gov[dot]my Sektor Bahagian Unit Alamat
1 Puan Ariza Binti Ibrahim PENGARAH 03-2028 2600 ariza@dbkl.gov.my - - - -
2 Cik Nor Shuhada binti Hashim PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT 03-2028 2601 jppp@dbkl.gov.my Pejabat Pengarah Jabatan - - -
3 Encik Marwan Bin Che Desa TIMBALAN PENGARAH KANAN 1 03-2028 2204 marwan@dbkl.gov.my - Pembangunan dan Kawalan Pelesenan - -
4 Puan Nurul Izzati Binti Ismail PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT 03-2028 2205 Pejabat Timbalan Pengarah Kanan - - -
5 Encik Izwan Razif Bin Salehaped TIMBALAN PENGARAH KANAN 2 03-2028 2520 izwan@dbkl.gov.my - Pelesenan dan Pentadbiran - -
6 Puan Siti Syahirah Binti Selamat PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT 03-2028 2521 Pejabat Timbalan Pengarah Kanan - - -
8 Encik Ahmad Johaan Bin Othman KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN 03-2028 2200 ahmadjohaan@dbkl.gov.my - Pembangunan dan Kawalan Pelesenan Pembangunan, Penyelenggaraan dan Kawalan Pelesenan -
9 Encik Yusman Bin Haiti KETUA PENOLONG PENGARAH 1 03-2028 2523 yusman@dbkl.gov.my - Pelesenan dan Pentadbiran Pelesenan Premis, Hiburan, Iklan, dan Teknologi Maklumat -
10 Puan Hasnah Binti Hamzah KETUA PENOLONG PENGARAH 2 03-2028 2614 hasnah@dbkl.gov.my - Pelesenan dan Pentadbiran Pelesenan Penjaja, Pentadbiran dan Kewangan -
11 Puan Siti Dermila binti Arifin PENOLONG PENGARAH KANAN 1 03-2028 2222 sitidermila@dbkl.gov.my Seksyen Pembangunan Usahawan (Zon Selatan) dan Pasar Malam - - -
12 Encik Muhammad Shukri Bin Sefian PENOLONG PENGARAH KANAN 2 03-2028 2221 muhammadshukri@dbkl.gov.my Seksyen Kawalan Pelesenan (Zon Selatan) - - -
13 Puan Amirah Binti Yasinan @ Jasman PENOLONG PENGARAH KANAN 3 03-2028 2524 amirah@dbkl.gov.my Seksyen Premis - - -
14 Encik Idzihar Syazwan Bin Rosli PENOLONG PENGARAH KANAN 4 03-2028 2615 idziharsyazwan@dbkl.gov.my Seksyen Pentadbiran dan Kewangan - - -
15 Encik Ahmad Faidsal bin Omar PENOLONG PENGARAH KANAN 5 03-2028 2231 ahmadfaidsal@dbkl.gov.my Seksyen Kawalan Pelesenan (Zon Utara) dan Pasar Raja Bot - - -
16 Encik Azhan Munif bin Zahran PENOLONG PENGARAH KANAN 6 03-2028 2223 azhanmunif@dbkl.gov.my Seksyen Promosi dan Penyelenggaraan - - -
17 Encik Muhammad Izzat Haziq Bin Hairuddin PENOLONG PENGARAH 1 03-2028 2229 izzathaziq@dbkl.gov.my Seksyen Pembangunan Usahawan (zon Utara) dan Food Truck - - -
18 Encik Mior Isyamil Bin Mior Azizan PENOLONG PENGARAH 2 03-2028 2536 miorisyamil@dbkl.gov.my Seksyen Penjaja - - -
19 Encik Muhammad Fauzi Bin Hanapiah PENOLONG PENGARAH 4 03-2028 2522 fauzihanapiah@dbkl.gov.my Seksyen Hiburan, Eksais, dan Pelbagai - - -
20 Puan Rahayu Binti Mohadzir PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 03-2028 2620 rahayu@dbkl.gov.my Seksyen Teknologi Maklumat - - -
21 Puan Azuriyanti binti Sajuri PENOLONG PEGAWAI TADBIR 1 03-2028 2227 azuriyanti@dbkl.gov.my Seksyen Keurusetiaan - - -
22 Puan Kaza Karina Binti Mohd Khalid PENOLONG PEGAWAI TADBIR 2 03-2028 2543 kazakarina@dbkl.gov.my Seksyen Iklan - - -
23 Encik Muhammad Asyraf Bin Abdul Hamid PENOLONG PEGAWAI TADBIR 3 03-2028 2602 muhammadasyraf@dbkl.gov.my Seksyen Pentadbiran - - -
24 Encik Suhaimi bin Mohammad PENOLONG PEGAWAI TADBIR 4 03-2028 2213 suhaimimohammad@dbkl.gov.my - - - -
25 Encik Mohd Shawal Bin Yatim PENOLONG PEGAWAI TADBIR 5 03-2028 2203 mohdshawal@dbkl.gov.my - - - -
26 Cik Nabilah Binti Hasly PENOLONG PEGAWAI TADBIR 6 03-2028 2235 nabilahhasly@dbkl.gov.my - - PASAR RAJA BOT -
27 Encik Adee Ezatt Bin Jamaluddin PENOLONG PEGAWAI TADBIR 7 03-2028 2213 adeeezatt@dbkl.gov.my - - ZON UTARA -
28 Puan Nor Iszawati Binti Esmon PENOLONG AKAUNTAN 03-2028 2625 noriszawati@dbkl.gov.my Seksyen Kewangan dan Hasil - - -
29 Encik Shaipul Bin Sulaiman PENOLONG JURUTERA (AWAM) 03-2028 2235 - - - -
30 Encik Mohamad Naqiuddin bin Mohamad Omar PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) 03-2028 2235 naqiuddin@dbkl.gov.my - - - -
Tajuk Bahagian Kemaskini Terakhir Jumlah Muat Turun Muat Turun
BORANG PERMOHONAN LESEN PENJAJA 31/05/2025 3226
Tajuk Bahagian Kemaskini Terakhir Jumlah Muat Turun Muat Turun
Garis Panduan Kemudahan Ruang Penjaja MADANI di WPKL 06/02/2024 594
GARIS PANDUAN PENJAJA BERGERAK WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 10/11/2025 341
GARIS PANDUAN DAN MAKLUMAT PASAR MALAM 10/11/2025 226
PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN PENJAJA 2021-2030 11/11/2025 111
Garis Panduan Pecahan Insentif Pembangunan Semula di WPKL 17/04/2023 305
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN MINUMAN KERAS (LIQOUR YANG MEMABUKKAN) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 20/06/2022 169
GARIS PANDUAN PELESENAN DBKL PINDAAN 2023 28/08/2024 3129

LESEN IKLAN

1. Apakah maksud lesen iklan?

Lesen Iklan adalah lesen yang dikeluarkan ke atas papan tanda iklan yang bertujuan komersil.

Lesen iklan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

i. Lesen iklan papan tanda premis

ii. Lesen iklan sementara seperti iklan bunting, banner, belon atau hording

iii. Paparan iklan luar seperti billboard, LED, iklan langit, iklan dinding dan iklan jejantas/ jejambat dan gantry

2. Apakah syarat-syarat asas lesen iklan?

Bagi semua jenis iklan hendaklah mematuhi syarat berikut:

i. Visual hendaklah mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu samada dari segi saiz perkataan, warna dan kedudukannya

ii. Visual yang mengiklankan minuman keras, rokok, gambar yang menjolok mata, tata kelakuan yang kurang sopan/lucah tidak dibenarkan

iii. Lokasi papan tanda tidak menutup cermin, tingkap dan fasad bangunan

3. Apakah dokumen permohonan yang diperlukan untuk memohon lesen iklan?

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

i. 1 salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9,49,24 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)

ii. 1 salinan kad pengenalan / pasport pemohon

iii. 1 visual iklan papan tanda berwarna yang telah disahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka serta gambar lokasi pemasangan iklan

iv. Gambar Lokasi dan Pelan Lokasi Pemasangan Iklan

Dokumen sokongan tambahan yang turut perlu dikemukakan adalah mengikut jenis iklan:

JENIS IKLAN

TYPE OF ADVERTISEMENT

DOKUMEN SOKONGAN TAMBAHAN

ADDITIONAL SUPPORTING DOCUMENTS

Iklan Papan Tanda Premis

 

Premise Signage Advertisement

- Salinan lesen premis perniagaan yang masih sah tempoh

Copy of business premises license that is still valid

Klinik dan Hospital Swasta

Private Clinic and Hospital

 - Salinan surat kelulusan Amalan Perakuan Tahunan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Copy of Annual Practicing Certificate from the Ministry of Health

Homeopathy 

- Salinan surat @ Pendaftaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Copy of letter or registration from Ministry of Health

Pusat Tuisyen, Pusat Perkembangan Minda, Kolej 

Tuition Center, Mind Development Center, College

-Salinan surat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Copy of approval letter from the Ministry of Education

Taska, Tadika, pusat Asuhan dan Pusat Jagaan

Nurseries, Kindergartens, Orphanages and Day Care Centers

 

- Salinan surat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Kementerian Pendidikan Malaysia

Copy of Certificate / Letter of Approval from Department of Social Welfare / Ministry of Education

Penamaan Bangunan

Building Naming

- Salinan surat kelulusan daripada Jabatan Perancangan Bandaraya

Copy of approval letter from City Planning Department

Pengurup Wang/Pemberi Perkhidmatan Wang Berlesen

Money Changer/Licensed Money Service Provider

 - Salinan Lesen Memberi Perkhidmatan Wang oleh Bank Negara Malaysia

Copy of Money Services License by Central Bank of Malaysia

- Surat kelulusan daripada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Letter of approval from Ministry of Housing and Local Government

Persatuan/Pertubuhan

Association/Organization

 - Salinan Perakuan Pertubuhan daripada Akta Pertubuhan

Copy of Certificate of Association from the Association Act

Pajak Gadai

Pawn Shop

 - Salinan surat kelulusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Letter of approval from Ministry of Housing and Local Government

Iklan Belon

 

Balloon Advertising

- Salinan lesen premis perniagaan yang masih sah tempoh atau lesen hiburan pameran/promosi

Copy of valid business premises license or exhibition/promotional entertainment license

- Surat kebenaran pemasangan iklan atau salinan perjanjian penyewaan premis (Bagi Iklan Pusat Internet)

Letter of permission to place advertisements or a copy of the premise’s rental agreement (For Internet Center Advertisements)

- Surat kelulusan dari Jabatan Penerbangan Awam

Letter of approval from the Department of Civil Aviation

Iklan Paparan Sementara

 

Temporary Advertisement

- Surat kebenaran pemasangan iklan atau salinan perjanjian penyewaan dan Salinan Geran bagi lokasi milik persendirian

Letter of permission to place advertisements or copy of rental agreement and Copy of Grant for privately owned location

Iklan Petunjuk Arah

 

Directions Advertisement

 

- Salinan surat kelulusan permit daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar

Copy of approval letter from Civil Engineering Department and Urban Transport Department

Iklan Tapak Bina

 

Building Site Advertisement

- Salinan Kelulusan permit hoarding daripada Jabatan Kawalan Bangunan

Copy of hoarding permit approval from the Building Control Department

 - Salinan perintah pembangunan (DO) daripada Jabatan Perancangan Bandar

Copy of Development Order (DO) from City Planning Department

 - Polisi Insurans Perlindungan Awam (mengikut tempoh lesen)

Public Protection Insurance Policy (according to the license period)

Iklan Billboard/ Unipole/ LED/ Dinding/ Langit/ Jejambat/ Jejantas/

Pillar wrap/ Hentian Bas/Teksi

 

Billboard / Unipole / Wall / LED / Ceiling / Flyover / Pillar wrap / Bus Stop / Taxi Advertisement

- Salinan geran tanah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

Copy of land grant certified by the Commissioner of Oaths

 - Polisi Insurans Perlindungan Awam

Public Protection Insurance Policy

- Pelan struktur paparan iklan yang disahkan oleh Jurutera yang Bertauliah (A3)

Advertisement display structure plan certified by a Certified Engineer (A3)

- Surat kebenaran pemasangan iklan atau salinan perjanjian penyewaan bagi lokasi bukan aset Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Letter of permission to place advertisements or copy of rental agreement for non -asset locations of Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

- 5 set pelan tapak beserta pelan lokasi (berskala) bersaiz A1 yang diperakukan oleh orang yang berkelayakan

5 sets of site plans and location plans (scaled) in A1 size certified by a qualified person

- 5 set lengkap pelan lakaran struktur & rekabentuk terperinci bersaiz A1 yang diperakukan oleh oleh jurutera bertauliah. Set lengkap ini juga perlu dilengkapi dengan 1 salinan pelan tapak/lokasi.

5 complete sets of A1 size structural sketch plan and detailed design certified by a certified engineer. This complete set must also be accompanied by 1 copy of the site/location plan.

- 5 set gambar bagi 4 sudut dari pandangan berbeza yang menunjukkan keadaan semasa tapak dalam bentuk A3.

5 sets of photos for 4 angles from different views showing the current state of the site in A3 format.

- 5 gambaran perspektif cadangan permohonan disediakan dalam bentuk saiz A3

5 perspective views of the application proposal provided in A3 size format

- Surat perakuan /ulasan kesesuaian lokasi daripada agensi teknikal berkaitan jika terlibat. Cth: LLM, KKRM, JPS, WPKL

Letter of certification /review of the suitability of the location from the relevant technical agency if involved. Ex: LLM, KKRM, JPS, WPKL

- Surat perakuan daripada jurutera perunding bertauliah memperakui kekukuhan struktur

Letter of recommendation from a certified consulting engineer certifying the strength of the structure

- Sesalinan resit cukai tanah dan/atau cukai taksiran terkini **

A copy of the latest land tax and/or assessment tax receipt**

- Surat kebenaran pemilik tanah berdaftar. Bagi tanah berstatus Tanah Kerajaan / Tanah Milik Persekutuan pemohon dikehendaki mengemukakan salinan permohonan Lesen Menduduki Sementara

Letter of permission from the registered landowner. For Government Land / Federal Land, the applicant is required to submit a copy of the application for a Temporary Occupancy License

- Salinan digital bagi perkara – perkara diatas **

Digital copy of the above**

- Surat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi  pengangkutan bergerak

Approval letter from the Road Transport Department (JPJ) for mobile transportation

- Surat kelulusan bagi penyewaan tempat letak kereta daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar bagi pengangkutan bergerak

Letter of approval for parking lot rental from the Civil Engineering Department and Urban Transport Department for mobile transportation

 

** yang mana berkaitan

** any relevant

4. Bagaimanakah cara untuk memastikan penggunaan Bahasa Malaysia dalam iklan adalah betul?

Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul hendaklah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengesahan sebelum permohonan lesen iklan dibuat.

5. Apakah syarat kelulusan lesen iklan papan tanda premis?

Iklan papan tanda premis perniagaan hendaklah dipasang mengikut syarat berikut:

i. Papan tanda tidak dibenarkan dipasang tergantung di laluan pejalan kaki luar premis

 ii. Papan tanda tegak 2 muka ukuran ketinggian maksima dihadkan ketinggian 7 kaki dan lebar 3 kaki (7’ X 3’)

iii. Papan tanda tegak 2 muka hanya dibenarkan di Tingkat 1 premis sahaja

iv. Struktur iklan berbentuk kain rentang tidak dibenarkan sebagai iklan tetap

v. Tidak dibenarkan meletak had masa perniagaan pada papan tanda restoran

vi. Kedudukan papan tanda yang didirikan di atas tanah dalam kawasan premis hendaklah sekurang-kurangnya 5 kaki (5’) dari longkang atau rezab jalan

vii. Visual yang mempamerkan ubat-ubatan hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

viii. Mencatat nombor rujukan kelulusan lesen di sebelah kiri bawah papan tanda

ix. Mencatat nama dan nombor syarikat di sebelah bawah kanan papan tanda

Saiz papan tanda melintang melebihi 40 kaki (panjang) X 4 kaki (lebar) dan kedudukan premis di tingkat 4 ke bawah perlu mengemukakan Polisi Insuran Perlindungan Awam (Public Liability), sekiranya kedudukan premis di tingkat 4 ke atas perlu mengemukakan Polisi Insuran Perlindungan Awam (Public Liability) dan struktur pelan yang

6. Apakah syarat kelulusan lesen iklan tiang lampu?

Iklan tiang lampu hendaklah dipasang mengikut syarat berikut:

i. Saiz ukuran iklan adalah 2’ X 6’ dan saiz yang telah ditetapkan mengikut tempat pemasangan/bracket

ii. Pemasangan iklan tiang lampu di jalan-jalan utama diberi keutamaan kepada acara rasmi kerajaan

iii. Mencatat nombor rujukan lesen dan tarikh tempoh kelulusan di sebelah bawah kiri iklan tiang lampu

iv. Mencatat nama syarikat/pemilik di sebelah bawah kanan iklan tiang lampu

v. Iklan yang hendak dipasang hendaklah mempunyai ketinggian 5 kaki dari paras bumi. Iklan hendaklah diikat kemas pada kedua-dua belah pangkal dan hujung

vi. Iklan hendaklah dipasang di tiang-tiang lampu jalan yang diluluskan sahaja

vii. Iklan tidak dibenarkan dipasang secara bertingkat-tingkat pada tiang lampu

viii. Iklan hendaklah dipasang berselang seli (1) tiang lampu

ix. Iklan tidak dibenarkan dipasang pada tiang lampu pertama di persimpangan lampu isyarat

x. Iklan tidak dibenarkan dipasang pada tiang lampu isyarat lalu lintas dan tiang lampu antic

xi. Iklan tiang lampu hendaklah dipamerkan pada tiang lampu yang telah disediakan tempat khas atau ‘bracket’.

7. Jalan manakah yang tidak dibenarkan bagi pemasangan iklan tiang lampu berbentuk komersil?

Pembekuan Permohonan Pemasangan Iklan Tiang Lampu Berbentuk Komersil

Mesyuarat Jawatankuasa Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) Bil.06/2012 pada 14 September 2012 telah memutuskan bahawa tidak sebarang pemasangan bunting berbentuk komersial di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

8. Apakah syarat kelulusan lesen iklan paparan sementara?

Iklan paparan sementara hendaklah dipasang mengikut syarat berikut:

i. Lokasi pemasangan tidak menghalang pandangan awam dan lalu lintas

ii. Lokasi pemasangan tidak dibenarkan di Jalan Protokol

iii. Saiz ukuran bagi paparan sementara jangka pendek adalah 8’ X 12’.

iv. Mencatatkan nombor rujukan lesen dan tempoh kelulusan di sebelah bawah kiri paparan sementara

v. Mencatatkan nama dan nombor pendaftaran syarikat di sebelah bawah kanan paparan sementara

vi. Mengemukakan pelan struktur yang telah disahkan dan diperakukan secara bertulis oleh Jurutera Bertauliah jika saiz paparan 10’ X 40’ dan melebihi 10’ X 40’

vii. Mengemukakan Polisi Insuran Perlindungan Awam yang meliputi sebarang kemalangan dan tuntutan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan orang awam jika saiz paparan 10’ X 40’ dan melebihi 10’ X 40’

9. Apakah syarat kelulusan lesen iklan belon?

Iklan belon hendaklah dipasang mengikut syarat berikut:

i. Lokasi pemasangan sesuai

ii. Mendapat kelulusan dari Jabatan Penerbangan Awam.

iii. Mencatatkan nombor rujukan lesen dan tempoh kelulusan lesen di sebelah bawah kiri iklan belon

iv. Mencatatkan nama syarikat di sebelah bawah kanan belon

v. Belon tersebut bolehlah dilayangkan pada waktu siang dan malam serta diikat dengan kukuh supaya tidak terlepas. Penggunaan tali raffia tidak dibenarkan

10. Apakah syarat kelulusan lesen sepanduk atau kain rentang

Iklan sepanduk / kain rentang hendaklah dipasang mengikut syarat berikut:

i. Lokasi pemasangan tidak menghalang dan mengganggu pemandangan yang menarik dan pengguna lalu lintas

ii. Lokasi pemasangan dipertimbangkan di premis, bangunan dan pagar.

iii. Mencatatkan nombor rujukan lesen dan tempoh kelulusan di sebelah bawah kiri sepanduk/kain rentang

iv. Mencatatkan nama syarikat di sebelah bawah kanan kain rentang

v. Iklan hendaklah diikat kemas dan tegang. Penggunaan tali raffia tidak dibenarkan

vi. Tidak dibenarkan menggantung kain rentang di antara pokok ke pokok, tiang-tiang lampu, tiang paparan iklan luar, jejambat dan jejantas

11. Berapakah kadar fi lesen iklan?

Iklan Papan Tanda Premis

KATEGORI

CATEGORY

KADAR (RM)

FEE (RM)

Berlampu

Lighted

RM100.00 bagi 1 mp pertama

RM15.00 bagi setiap tambahan mp

 

RM 100.00 for 1st sm

RM 15.00 for every additional sm

Tidak berlampu

No Light

RM200.00 bagi 1 mp pertama

RM20.00 bagi setiap tambahan mp

 

RM 200.00 for 1st sm

RM 20.00 for every additional sm

Iklan Tiang Lampu

Fi Lesen

License Fee

Cagaran

Deposit

RM 18.35 seunit sebulan

RM 18.35 per unit per month

Kurang 200 unit RM 2,000.00

Lebih 201 unit RM 5,000.00

 

Less than 200 units RM 2,000.00

Over 201 units RM 5,000.00

Paparan Sementara

Fi Lesen

License Fee

Cagaran

Deposit

RM500.00 bagi 1 mp pertama

RM80.00 bagi setiap tambahan mp

 

RM500.00 for the first 1 sm

RM80.00 for every additional sm

RM 2,000.00

Iklan Belon

Fi Lesen

License Fee

Cagaran

Deposit

RM400.00 bagi 1 mp pertama

RM40.00 bagi setiap tambahan mp

 

RM400.00 for the first 1 sm

RM40.00 for every additional sm

RM1,000.00 / unit

Iklan Kain Rentang

Fi Lesen

License Fee

Cagaran

Deposit

RM200.00 bagi 1 mp pertama

RM20.00 bagi setiap tambahan mp

 

RM200.00 for the first 1 sm

RM20.00 for every additional sm

 

* Fi akan dibahagikan kepada 12 bulan untuk mendapatkan harga sebulan

 

* The fee will be divided into 12 months to get the monthly price

RM200.00 bagi satu unit saiz biasa

 

RM1,000.00 bagi iklan yang bersaiz besar

 

 

RM200.00 for one regular size unit

RM1,000.00 for large advertisements

LESEN MINUMAN KERAS

1. Apakah maksud lesen minuman keras?

Lesen minuman keras dikeluarkan kepada suatu syarikat bagi menjalankan aktiviti penjualan minuman keras samada jualan secara runcit di kedai runcit / pasaraya atau jualan secara borong atau hidang di restoran / pub, bar / kafe.

2. Siapakah yang dibenarkan memohon lesen minuman keras?

Pemohon lesen minuman keras perlu memenuhi kriteria di bawah:

i. Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.

 ii. Pemohon hanya dibenarkan kepada orang bukan beragama Islam.

 iii. Pemohon hendaklah terdiri daripada:

Ø Tuan punya tunggal, atau

Ø seorang pekongsi utama, atau

Ø seorang Pengarah dalam sebuah Syarikat Berhad yang berkenaan

 iv. Pemilik perniagaan mestilah terdiri daripada orang bukan beragama Islam (Pemilik Tunggal/Perkongsian) dan majoriti orang bukan beragama Islam dalam Lembaga Pengarah (Syarikat).

3. Bagaimana prosedur memohon lesen minuman keras?

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan lesen di kaunter atau muat turun di laman web https://elesen.dbkl.gov.my dan menghantar borang yang lengkap beserta dokumen sokongan ke Kaunter Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Perniagaan, Tingkat 5 Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

 1. Salinan lesen premis perniagaan (Lesen Perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

2. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Memorandum Syarikat (Memorandum & Articles of Association) dan Borang 24 & Borang 49.

3. Salinan kad pengenalan pemohon.

4. 4 keping gambar pemohon (saiz passport)

5. Dua Belas (12) keratan iklan Notis Permohonan Lesen Menjual Minuman Keras (Liqour Yang Memabukkan) oleh pemohon yang telah disiarkan dalam empat (4) akhbar utama tempatan yang ditetapkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP): 

Ø Satu (1) akhbar harian Bahasa Malaysia;

Ø Satu (1) akhbar harian Bahasa Inggeris;

Ø Satu (1) akhbar harian Bahasa Cina dan;

Ø Satu (1) akhbar harian Bahasa Tamil

 i. Disiarkan tiga (3) hari berturut-turut.

ii. Format iklan notis tersebut ditetapkan.

iii. Saiz iklan adalah A8 (5.2 cm x 7.4 cm) 

iv. Kemukakan mukasurat penuh keratan iklan yang mempaparkan tarikh iklan, mukasurat iklan dan tandakan keratan iklan notis permohonan tersebut

6. Paparan notis pemberitahuan bersaiz A0 oleh pemohon menyatakan permohonan LMK (Liqour Yang Memabukkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

i. Paparan di hadapan premis tujuh (7) hari berturut

ii. Format paparan ditetapkan oleh JPPP

iii. Perlu dapatkan pengesahan dan cop menggunakan dakwat kekal daripada JPPP terlebih dahulu sebelum paparan dibuat

iv. Pemantauan tempoh paparan oleh JPPP

7. 4 keping gambar premis menunjukkan pandangan luar dan dalam bangunan (berlainan sudut) serta ruang penjualan minuman keras

8. 1 keping pelan lokasi menunjukkan tempat perniagaan yang dicadangkan.

Permohonan untuk lesen baru, pindah milik atau pindah tempat hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh Mesyuarat Lembaga Pelesenan Eksais dan permohonan untuk membaharui lesen hendaklah tidak lewat daripada empat (4) minggu sebelum tarikh lesen itu tamat.

Pemohon WAJIB menghadirkan diri untuk temuduga/tapisan Kastam dan Polis apabila dikehendaki berbuat demikian atau dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dihantar ke Kaunter Lesen Berpusat, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

4. Dimanakah aktiviti penjualan minuman keras boleh dibuat?

Penjualan minuman keras hanya dibenarkan di premis seperti berikut:

 i. Premis perniagaan dijalankan dibangunan yang dibenarkan:

Ø Bangunan hotel

Ø Kompleks perdagangan

Ø Rumah Kedai

 ii. Premis perniagaan 100 meter jauh dari kawasan kediaman.

 iii. Tidak boleh berhadapan dengan Balai Polis, Rumah Ibadah, Sekolah dan Hospital.

 iv. Bagi aktiviti menjual dan menghidang minuman keras (Rumah Awam) hanya dibenarkan di premis perniagaan yang menjalankan aktiviti restoran / kedai makan / pub / bar / lounge / rumah kelab.

 v. Bagi jualan jenis borong hanya dibenarkan di premis perniagaan yang menjalankan aktiviti stor / gudang.

 vi. Bagi jualan jenis runcit hanya dibenarkan di premis perniagaan yang menjalankan aktiviti pasaraya/hypermarket. Berkuatkuasa 1 Oktober 2021 TIADA lagi lesen minuman keras yang baharu dibenarkan di kedai runcit /serbaneka /ubat cina.

 vii. Lesen sementara dikeluarkan bagi aktiviti menghidang minuman keras dalam suatu aktiviti atau acara.

5. Apakah had masa penjualan minuman keras?

Had masa yang dibenarkan adalah mengikut jenis jualan seperti dibawah:

JENIS JUALAN

TYPE OF SALE

HAD MASA DIBENARKAN

TIME LIMIT

Rumah Awam

(Pub/ Bar/ Lounge/ Restoran)

 

Public House

(Pub/ Bar/ Lounge/ Restaurant)

 

 

10.00 pagi hingga 12.00 malam. (Pemohonan lanjutan masa LMK (Liqour Yang Memabukkan) boleh dipohon berpandukan had masa aktiviti hiburan atau ketetapan di zon pusat hiburan yang telah diluluskan dan maksimum masa penjualan liqour adalah sehingga jam 2 pagi sahaja)

 

10.00 am to 12.00 pm. (Application for extension of time  (Intoxicating Liqour)) can be applied based on the time limit of entertainment activities or the determination in the zone of the entertainment center that has been approved and the maximum time for sale of liquor is until 2 am only)

Borong

Wholesale

7.00 pagi hingga 9.00 malam

7.00 am to 9.00 pm

Runcit

Retail

7.00 pagi hingga 9.00 malam

7.00 am to 9.00 pm

Lesen Sementara

Temporary License

Mengikut kelulusan dibenarkan

As approved

6. Larangan Jualan

i. Tiada pengunjung yang berumur di bawah 21 tahun meminum minuman keras. Papan kenyataan mengenai larangan ini hendaklah dipamerkan di pintu masuk premis.

 ii. Tiada pengunjung beragama Islam meminum minuman keras. Papan kenyataan mengenai larangan ini hendaklah dipamerkan di pintu masuk premis.

 iii. Dilarang menjual liquor dalam bentuk ‘sachet

 iv. Pembuatan, penjualan, pengambilan Samsu adalah diharamkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Berkuatkuasa 15 Disember 2020)

7. Berapakah kadar fi lesen minuman keras?

Kadar fi lesen adalah mengikut jenis jualan seperti dibawah:

JENIS JUALAN

TYPE OF SALE

KADAR FI LESEN

LICENSE FEE

Rumah Awam

Public House

 

 

RM110.00 sebulan

RM110.00 per month

Borong

Wholesale

RM45.00 sebulan

RM45.00 per month

Runcit

Retail

RM35.00 sebulan

RM35.00 per month

Lesen Sementara

Temporary License

RM30.00 sehari

RM30.00 per day

LESEN PREMIS

1. Apakah maksud lesen premis?

Lesen yang dikeluarkan kepada satu-satu premis untuk menjalankan apa-apa aktiviti tred, perniagaan, dan perindustrian

2. Apakah maksud lesen komposit?

Lesen komposit adalah kombinasi lesen premis dan lesen iklan papan tanda premis

3. Apakah kriteria premis yang diperlukan untuk membuat permohonan lesen premis?

1. Premis berada di dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Jika tidak pasti sila semak cukai pintu/cukai taksiran premis.

 2. Tidak berada dalam kawasan/zon kediaman.

 3. Sekiranya ya, permohonan tukarguna kegunaan tanah boleh dikemukakan ke Jabatan Perancangan Bandaraya, Kuala Lumpur.

4. Apakah prosedur memohon lesen premis perniagaan?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my

 Setiap permohonan perlu mengemukakan dokumen berikut:

i. Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9,49,24 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)

ii. Salinan kad pengenalan / pasport pemohon

 iii. 1 visual iklan papan tanda berwarna yang telah disahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka serta gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkaitan)

 iv. 2 keping gambar keseluruhan bahagian luar premis dan 2 keping gambar dalam premis, berwarna, bersaiz 4R yang berlainan sudut

Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan dokumen tambahan bagi aktiviti di bawah:

AKTIVITI

Activity

DOKUMEN TAMBAHAN

Supporting Document

Aktiviti di tanah lot/ tanah lapang/ bangunan sesebuah/ tukar kegunaan

 

Activities on lot land/ open space/ individual building/ change of use

 

Salinan Perintah Pembangunan

 

Copy of Development Order (DO)

Hiburan

 

Entertaiment

Salinan Perintah Pembangunan Aktiviti Hiburan

 

Copy of Development Order (DO) for entertainment activities

Taska / pusat jagaan

 

Nursery / daycare center

Salinan Sijil / Surat Kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

Copy of Certificate / Letter of Approval from Department of Social Welfare

 

Hotel

 

Hotel

Salinan Perintah Pembangunan

Copy of Development Order (DO)

 

Salinan Sijil kelayakan Menduduki Bangunan / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan

Copy of Certificate of Fitness (CF) / Certificate of Completion and Compliance (CCC)

Universiti / kolej / sekolah / tadika / pusat tuisyen

 

University / College / School / kindergarten /  tuition centre

Salinan Sijil / Surat Kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Copy of certificate / letter of approval from Ministry of Education

Pengurup/ peminjam wang/nombor ramalan

 

Money changer/ lenders/ number forecast

Salinan Sijil / Surat Kelulusan Bank Negara / Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) / Kementerian Kewangan Malaysia

 

Copy of certificate / letter of approval from Central Bank / Ministry of Housing and Local Government / Ministry of Finance

Klinik

 

Clinic

Salinan Perakuan Amalan Tahunan / Perakuan Penubuhan Klinik

 

Copy of Annual Practicing Certificate / Establishment License

Pusat siber (e-sukan)

 

Cyber Cafe

Salinan Surat Kelulusan / Sokongan / Penarafan dari Kementerian Belia dan Sukan atau Persatuan e-Sukan Kuala Lumpur

 

Copy of Letter of Approval / Support from Ministry of Youth and Sports or Esports Kuala Lumpur Association

 

Permohonan pemilikan bukan warganegara

 

 

Application for non -citizen ownership

Sijil Perakuan / Surat Sokongan dari Agensi Penggalakan Pelaburan Atau Pihak Berkuasa Kawal Selia seperti MITI / MIDA / KPDNHEP / INVESTKL / Bank Negara Malaysia / Agensi atau;

 

Copy of letter of support from Investment Development Authority or Regulatory Authority such as MITI / MIDA / KPDNHEP / INVESTKL / Central Bank / Agency or ;

 

Salinan Pendaftaran Francais dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP)

 

Copy of Franchise Registration from Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs

Aktivit perniagaan di kampung tradisi

 

Business activities in traditional villages

Salinan Perjanjian Penyewaan / Surat Kebenaran Pemilik Tanah

 

Copy of Lease Agreement / Permission letter from land owner

 

Lampiran: SENARAI KAMPUNG TRADISI

 

Appendix : LIST OF TRADITIONAL VILLAGES

5. Bolehkah warganegara asing memohon lesen premis perniagaan?

Warganegara asing yang mempunyai dokumen pengenalan yang sah boleh membuat permohonan lesen premis perniagaan kecuali bagi aktiviti-aktiviti dan lokasi seperti di

 Lampiran: SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK PEMILIKAN BUKAN WARGANEGARA

 Lampiran: SENARAI LOKASI YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK PEMILIKAN BUKAN WARGANEGARA

6. Berapakah kadar bayaran fi lesen yang dikenakan?

Kadar fi lesen adalah mengikut kategori seperti dibawah:

KATEGORI AKTIVITI

Categories

FI LESEN

(meter per segi (mps))

License Fee

(square meter (sm))

Pejabat Urusan

Office

RM200.00/unit

RM200.00/unit

Tred Perniagaan

Business Trades

RM3.00/mps

RM3.00/sm

Penjualan Makanan/Minuman

Food/Beverage

RM3.00/mps

RM3.00/sm

Pembuatan/Perkilangan

Manufacturing

RM5.00/mps

RM5.00/sm

Kesihatan/Kecantikan

Health/Beauty

RM50.00/mps

RM50.00/sm

Bengkel Dan Kerja Kejuruteraan

Workshops and Engineering Work

RM5.00/mps

RM5.00/sm

Pertanian Dan Penternakan

Agriculture and Livestock

RM3.00/mps

RM3.00/sm

Gudang/Stor/Penyimpanan Barang

Warehouse/Store

RM3.00/mps

RM3.00/sm

7. Apakah kaedah pembayaran lesen yang disediakan?

Lesen perlu dibayar secara tahunan di mana tempoh sah lesen adalah secara dinamik (tidak semestinya berakhir pada 31 Disember setiap tahun). Pembayaran lesen boleh dibuat melalui:

i. Secara online melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my

ii. Aplikasi mobil DBKL - MOBIS

8. Apakah prosedur untuk pembaharuan lesen?

Bagi pembaharuan lesen premis taraf tetap, terus buat bayaran secara dalam talian di laman web https://elesen.dbkl.gov.my 

Bagi pembaharuan lesen premis bersyarat, pelesen perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Jabatan/Agensi berkaitan terlebih dahulu dan muat naik dokumen tersebut di laman web https://elesen.dbkl.gov.my 

9. Saya telah kehilangan lesen perniagaan saya. Bolehkah saya dapatkan salinan pendua lesen saya?

Pelesen boleh mencetak semula lesen terkini melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my

10. Saya telah mempunyai lesen premis perniagaan untuk 1 aktiviti sahaja. Jika saya ingin menambah aktiviti perniagaan perlukah saya membuat permohonan baru untuk aktiviti tersebut?

Pelesen tidak perlu membuat permohonan baru untuk menambah aktiviti baru sebaliknya membuat permohonan kemaskini tambahan aktiviti sahaja.

11. Jika saya ingin membuka perniagaan di premis yang lain, perlukah saya memohon lesen premis semula?

Ya. Lesen dikeluarkan mengikut alamat premis dan tidak boleh ditukar ke lokasi premis yang lain.

12. Bagaimana kelulusan lesen boleh dibatalkan?

Lesen boleh dibatalkan melalui 2 cara iaitu:

i. Permohonan pembatalan lesen oleh pelesen itu sendiri atau

 ii. Kelulusan lesen dibatalkan oleh jabatan atas sebab-sebab pelanggaran syarat pelesenan.

13. Adakah pengecualian lesen premis boleh diberikan kepada perniagaan tertentu?

Ya. Pengecualian lesen premis hanya boleh diberikan aktiviti seperti di Lampiran: SENARAI PENGECUALIAN LESEN PREMIS

14. Bagaimana untuk memohon lesen premis perniagaan di rumah / premis kediaman?

Pemohon perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Perintah Pembangunan (DO) dari Jabatan Perancangan Bandaraya yang menyatakan permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada perdagangan.

15. Antara sebab-sebab permohonan lesen premis perniagaan ditolak oleh Jawatankuasa Pelesenan.

Permohonan lesen boleh ditolak atas sebab-sebab seperti berikut:

i. Premis yang mempunyai tangga tunggal dan tidak mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

 ii. Terdapat tambahan dan perubahan yang tidak mendapat kelulusan perancangan dan pelan bangunan.

 iii. Premis tidak mematuhi keperluan dan langkah keselamatan  pencegahan kebakaran seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelemat.

 iv. Tidak memasang perangkap sisa minyak (grease trap) atau jubin di dalam premis (bagi aktiviti restoran/kedai makan) seperti yang ditetapkan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar.

 v. Terdapat bunyi bising dan kacauganggu serta tiada sistem kawalan akoustik (bunyi bising).

 vi. Tidak mematuhi garis panduan Pelesenan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

16. Apakah tindakan yang diambil jika berlaku pelanggaran syarat lesen premis perniagaan?

Pelanggaran syarat kepada Akta/ undang-undang kecil berkaitan pelesen akan dikenakan tindakan seperti berikut:-

i. Notis Kompaun, dan jika masih melakukan kesalahan pelesen akan diberikan;

ii. Surat tunjuk sebab dan tindakan terakhir adalah;

iii. Pembatalan lesen perniagaan

17. Apakah kategori produk biodegradasi yang dibenarkan untuk digunapakai?

Penetapan standard dan kriteria produk biodegradasi yang dibenarkan untuk digunapakai adalah jenis klasifikasi biodegradable (SIRIM Eco-001:2016) atau compostable (SIRIM Eco-009:2016)

18. Dimanakah saya boleh mendapatkan pembekalan produk biodegradasi?

Pembekalan produk biodegradasi boleh diperolehi daripada semua pembekal yang telah mendapat pensijilan SIRIM Eco-001:2016 dan Eco-009:2016 daripada SIRIM Berhad.

19. Bolehkah peniaga/ peruncit mengenakan caj terhadap pembungkusan produk biodegradasi?

Semua peniaga dan peruncit adalah dibenarkan untuk mengenakan caj 20 sen ke atas beg biodegradasi yang dibekalkan kepada pembeli.

20. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya pelesen tidak menggunakan produk biodegradasi?

Mana-mana pemegang lesen yang enggan atau gagal mematuhi arahan penggunaan produk bio tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pelesenan 1 Wilayah Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 bermula 1 September 2017 pelanggaran syarat lesen dan syarat tambahan boleh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Kompaun sehingga RM1,000

ii. Lucut hak deposit

iii. Denda tidak lebih dari RM2,000 dan penjara tidak lebih setahun

iv. Pembatalan lesen

LESEN HIBURAN

1. Apakah maksud lesen hiburan?

Lesen hiburan adalah lesen yang dikeluarkan bagi menjalankan aktiviti hiburan samada muzik, nyanyian, tari menari, permainan, tayangan gambar atau hiburan jangka pendek dalam suatu lokasi / premis yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

2. Apakah jenis lesen hiburan?

Terdapat 4 jenis lesen hiburan iaitu:

 i. Hiburan Malam - aktiviti muzik dan nyanyian (live band/ karaoke) dan tari menari)

 ii. Hiburan Permainan - aktiviti hiburan berbentuk permainan seperti pusat hiburan keluarga, bowling, snooker/billiard/pool/dart dan hiburan dengan mesin (kiddy rides, simulator, juke box)

 iii. Hiburan Tayangan Gambar - aktiviti tayangan gambar di pawagam atau cinepleks

 iv. Hiburan Semasa - aktiviti hiburan jangka masa pendek seperti Konsert, Karnival, Pesta Ria, Pertunjukan Fesyen, Ratu Cantik, Jamuan Makan Malam, Drama / Teater, Promosi, Tayangan Amal, Opera Cina, Ekspo / Pameran dan Pertunjukan Pentas.

3. Bagaimana prosedur memohon lesen hiburan?

Bagi lesen hiburan semasa promosi yang diadakan di dalam bangunan, permohonan perlu dibuat secara online di laman web https://elesen.dbkl.gov.my

 Bagi lesen hiburan selain aktiviti promosi di dalam bangunan, pemohon boleh mendapatkan borang permohonan lesen di kaunter atau muat turun di laman web https://elesen.dbkl.gov.my dan menghantar borang yang lengkap beserta dokumen sokongan ke Kaunter Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Perniagaan, Tingkat 5 Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

4. Apakah syarat kedudukan / keperluan premis hiburan yang dibenarkan?

Premis hiburan perlu mematuhi syarat berikut:

i. Tidak terletak di dalam kawasan perumahan atau jarak 100 meter dari kawasan perumahan.

ii. Tidak dibenarkan di dalam rumah kediaman atau banglo tanpa kelulusan tukarguna dari Jabatan Perancangan Bandar, DBKL.

iii. Tidak dibenarkan di rumah kedai tingkat 2 dan ke atas.

iv. Jarak premis hiburan hendaklah 100 meter dari sekolah, hospital, institusi pengajian dan rumah ibadah.

v. Premis hiburan hendaklah dilengkapi dengan peralatan-peralatan kedap bunyi (sound proof)

vi. Pasar kawalan bunyi bising atau muzik dan sebagainya di luar premis hendaklah tidak melebihi 5dBA.

5. Apakah waktu operasi bagi hiburan malam?

Bagi premis hiburan di pusat bandar waktu perniagaan adalah sehingga jam 3:00 pagi.

 Bagi premis hiburan di pusat komersil tempatan atau kawasan tumpuan pelancong waktu perniagaan adalah sehingga jam 2:00 pagi

Bagi premis hiburan di luar pusat bandar waktu perniagaan adalah sehingga jam 12:00 tengah malam.

6. Apakah prosedur untuk membawa artis luar negara bagi aktiviti hiburan?

Pengusaha hiburan perlu mendapatkan kelulusan melalui Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sebelum membuat permohonan lesen di premis hiburan mereka.

7. Apakah cukai hiburan?

Cukai hiburan adalah caj yang dikenakan kepada pengusaha yang menjalankan aktiviti hiburan yang melibatkan penjualan tiket atau berdasarkan mesin/unit hiburan.

8. Apakah tindakan yang akan dikenakan bagi sesuatu pelanggaran syarat untuk lesen hiburan?

Bagi setiap kesalahan atau pelanggaran syarat lesen hiburan, pemilik/operator pusat hiburan terbabit akan diberikan Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter) yang perlu dijawab dalam masa 7 hari atau 14 hari dari tarikh surat tersebut.

 Perkara ini kemudiannya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembatalan Lesen dan Permit untuk diputuskan jenis hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan.

9. Berapakah caj yang dikenakan untuk lesen hiburan?

Hiburan Malam

Aktiviti

Activities

Fi Lesen

License Fee

Cukai

Tax

Muzik & Nyanyian

(Liveband/DJ/

Karaoke)

 

Music & Singing (Liveband/DJ/ Karaoke)

RM4/hari (hingga 12am)

+ RM4/hari (selepas 12am)

 

 

RM4/day (until 12am) +

RM4/day (after 12am)

Bil Kerusi x RM0.50 + 50 x bulan

 

 

Number of Seats x RM0.50 + 50 x months

Tari Menari

 

 

Dance

RM4/hari (hingga 12am)

+ RM10/hari (selepas 12am)

 

RM4/day (until 12am) +

RM10/day (after 12am)

Bil Kerusi xRM0.50 + 500 x bulan

 

Number of Seats x RM0.50 + 500 x months

Aktiviti

Activities

Keluasan Lantai

(meter per segi (mps))

Floor Area

(Square meter (sm))

Cagaran

Deposit

Muzik & Nyanyian (Liveband)

 

Music & Singing (Liveband)

< 50mp

51mp - 200mp

201mp - 350mp

+ Setiap 1mp

1000

3000

5000

1000

Muzik & Nyanyian (Karaoke)

 

Music & Singing (Karaoke)

< 50mp

51mp-200mp

201mp-350mp

+ Setiap 1mp

3000

5000

10000

1000

Muzik, Nyanyian & Tari Menari

 

Music, Singing & Dance

< 50mp

51mp-200mp

201mp-350mp

+ Setiap 1mp

4,000

7000

12000

2000

Hiburan Permainan

Aktiviti

Activities

Fi Lesen

License Fee

Cukai

Tax

Cagaran

Deposit

Taman Tema

 

Theme Park

RM10.00 sehari

 

RM10.00 sehari

25% dari jualan tiket

25% off ticket sales

RM 5000.00 satu outlet

RM 5000.00 per outlet

Playground Area/

Kiddy Ride

RM2.00 setiap mesin sebulan

 

RM2.00 per machine per month

RM10.50 satu kerusi / mesin sebulan

RM10.50 per chair / machine per month

RM200.00 satu mesin

 

RM200.00 per machine

Carnival/

Simulator/

Bola Foss

RM5.00 setiap mesin sebulan

 

RM5.00 per machine per month

RM10.50 satu kerusi / mesin sebulan

RM10.50 per chair / machine per month

RM200.00 satu mesin

 

RM200.00 per machine

Snuker/Billiar/ Meja Pool/ Dart Elektronik

RM10.00 setiap meja/mesin sebulan

 

Rm10.00 per table/machine per month

RM10.50 satu meja/ unit/mesin sebulan

 

RM10.50 per table/unit/machine per month

RM1000.00 setiap meja/mesin

 

 

RM1000.00 per table/machine

Boling

 

Bowling

RM5.00 setiap lorong sebulan

 

RM5.00 per lane per month

RM30.00 satu lorong sebulan

 

RM30.00 per lane per month

RM5000.00 satu outlet

 

RM5000.00 per outlet

Hiburan Tayangan Gambar

Aktiviti

Activities

Fi Lesen

License Fee

Cukai

Tax

Cagaran

Deposit

Pawagam/

Cinepleks

 

Cinema/

Cineplex

RM5.00

(Setiap tayangan)

 

RM5.00

(Per show)

25% daripada harga jualan tiket

 

25% of the ticket sales price

Pawagam : RM25,000

Cinepleks:RM5,000

 

Cinema : RM 25,000

Cineplex : RM 5,000

Lesen Hiburan Semasa

Fi Membuka Tempat Hiburan:

TEMPAT

Location

FI LESEN  (RM)

License Fee (RM)

Auditorium/Dewan

Auditorium/Hall

10.00

Panggung

Stage

20.00

Pusat Hiburan / Taman Hiburan

Amusement Center/Park

10.00

Stadium

Stadium

50.00

Tanah Lapang

Free Land

10.00

Fi Lesen Untuk Aktiviti Hiburan:

JENIS LESEN

TYPE OF LICENSE

FEE LESEN SEHARI(RM)

LICENSE FEE PER DAY (RM)

Pameran Filem Sinematograf

i. Panggung wayang

ii. Tempat terbuka

 

Cinematograph Film Exhibition

i. Cinema

ii. Open space

 

RM5/pertunjukan

RM5/hari

 

 

RM5/show

RM5/day

Sarkas

i. Pertunjukan pertama

ii. Pertunjukan berikutnya

 

Circus

i. 1st show

ii. Next show

 

RM5/pertunjukan

RM2.50/pertunjukan

 

 

RM5/show

RM2.50/show

Pameran / Promosi

Exhibition / Promotion

RM5/gerai

RM5/stall

Pertunjukan fesyen/ ratu cantik

Fashion show / Beauty Pageant

RM10/model

RM10/model

Pestaria

Fun Fair

RM2/gerai

RM2/stall

Pertunjukan patung

Sculpture show

RM5/hari

RM5/day

Cagaran Berdasarkan Tempat:

TEMPAT/LOKASI

LOCATION

TIADA TIKET (RM)

WITH TICKET

BERTIKET (RM)

WITHOUT TICKET

PWTC/KL Plenary Hall

3,000

<250 tiket : 1,000

<500 tiket : 5,000

>500 tiket : 10,000

Stadium

5,000

Auditorium/ Dewan /Panggung

Auditorium / Hall / Stage

600

Kawasan Terbuka

Open space

1,000

Cagaran Berdasarkan Aktiviti:

AKTIVITI

ACTIVITIES

(RM)

Artis Tempatan

Local Artists

10,000

Artis Luar Negara

Foreign Artist

30,000

Aktiviti Hiburan Di Jamuan Makan

Entertainment Activities At Banquets

1,000.00

Cukai:

TIKET

Ticket

(RM)

Ada

 

Yes

25 % dari jumlah jualan tiket

 

25 % of the total ticket sales

Tiada

 

 

No

RM20 (Hanya pertunjukan wayang cina sahaja)

 

RM 20 (Chinese opera only)

LESEN TEMPAT LETAK KERETA PERSENDIRIAN

1. Apakah maksud lesen tempat letak kereta persendirian?

Lesen tempat letak kereta persendirian dikeluarkan kepada suatu syarikat bagi membuka perniagaan tempat letak kereta persendirian (bukan di bawah seliaan DBKL) samada di dalam bangunan atau diluar bangunan.

2. Apakah prosedur memohon lesen tempat letak kereta persendirian?

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan lesen di kaunter atau muat turun di laman web https://elesen.dbkl.gov.my dan menghantar borang yang lengkap beserta dokumen sokongan ke Kaunter Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Perniagaan, Tingkat 5 Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

3. Apakah syarat membuka tempat letak kereta persendirian?

Tempat letak kereta persendirian perlu mematuhi syarat berikut:

i. Perlu mempunyai perakuan kelulusan daripada Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL bagi tempat letak kereta dalam bangunan.

ii. Perlu mempunyai kelulusan susun atur petak letak kereta daripada Jabatan Pengangkutan Bandar, DBKL bagi tempat letak kereta yang bersifat sementara di atas kawasan lapang.

iii. Menyediakan papan kenyataan di pintu masuk dan di bahagian dalam premis yang menyetakan kadar bayaran, pengecualian bayaran bagi 15 minit pertama dan waktu operasi tempat letak kereta.

iv. Pengusaha perlu memastikan pencahayaan dan pengudaraan yang secukupnya bagi tempat letak kereta di ruang bawah dalam bangunan.

v. Memasang papan tanda ‘MASUK’, ‘KELUAR’ dan ‘PENUH’ dengan jelas dan secukupnya.

4. Adakah DBKL menetapkan kadar bayaran tempat letak kereta persendirian?

DBKL tidak menetapkan sebarang kadar minimum atau maksimum bayaran yang dikenakan oleh pengusaha kepada pelanggan di suatu tempat letak kereta persendirian.

Walau bagaimana pun, pengusaha perlu mengemukakan kadar bayaran yang akan dikenakan kepada pelanggan sewaktu membuat permohonan lesen. Kadar tersebut akan dipertimbangkan kewajaran kadar yang dikenakan dalam dan pengusaha perlu mematuhi kadar seperti yang telah dibenarkan oleh DBKL.

5. Berapakah kadar fi lesen tempat letak kereta persendirian?

RM5.00 setahun bagi 1 petak letak kereta.

LESEN PENJAJA

1. Apakah maksud lesen penjaja?

Lesen dikeluarkan kepada individu yang menjalankan aktiviti penjajaan di gerai-gerai di bahu / lorong jalan, dalam bangunan pasar / pusat penjaja yang dibenarkan pada masa yang ditetapkan samada menggunakan gerai atau kenderaan.

2. Apakah syarat utama untuk memohon lesen penjaja

Syarat-syarat permohonan lesen penjaja:

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur 18 tahun ke atas

iii. Mengemukakan borang beserta dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam borang ke KAUNTER LESEN di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan di Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur.

3. Berapa lamakah tempoh sah lesen penjaja?

Tempoh sah lesen adalah selama 1 tahun kecuali bagi lesen Penjaja Sementara / Bermusim yang sah mengikut tempoh lesen yang dibenarkan oleh Jabatan iaitu 3 atau 6 bulan.

4. Apakah jenis-jenis lesen penjaja?

Terdapat beberapa jenis lesen penjaja iaitu:

i. Gerai Tepi Jalan / Lesen Sementara KL Prihatin

ii. Bazar Jumaat

iii. Bazaria Larut Malam

iv. Pasar Malam

v. Pasar Terbuka / Pasar Pagi.

vi. Pusat Penjaja DBKL / Swasta

vii. Pasar Berbangunan

viii. Kiosk / Gerai Berkunci / Kiosk Usahawan Anak Muda Kota

ix. Penjaja Beredar / Food Truck

x. Permit Bermusim (Buah/Lemang)

xi. Permit Bazar Perayaan (Tahun Baru Cina / Ramadan / Deepavali)

5. Bagaimana untuk memohon lesen menjaja di tepi jalan?

Lesen Penjaja  Gerai Tepi Jalan telah dibekukan sejak tahun 2017. Walau bagaimana pun, mulai November 2020 DBKL telah memperkenalkan Lesen Sementara KL Prihatin.

6. Bagaimana untuk memohon sewa dan lesen menjaja dalam unit gerai pasar / pusat penjaja DBKL?

Permohonan sewa dan lesen unit gerai pasar dan pusat penjaja hanya akan dibuka dalam tempoh iklan mengikut kekosongan lokasi. Pemohon boleh menyemak iklan kekosongan unit gerai di laman web https://elesen.dbkl.gov.my dari semasa ke semasa.

7. Berapakah bilangan lesen penjaja yang boleh dikeluarkan kepada seorang pelesen?

Seorang pelesen hanya boleh memiliki 1 lesen penjaja kecuali bagi lesen pasar malam.

8. Adakah keperluan tambahan bagi penjaja yang menjual makanan?

Pelesen dan pembantu yang menjalankan aktiviti menjual makanan perlu mendapat suntikan pelalian makanan (Thypoid - TY2) dan masih sah tempoh sepanjang perniagaan beroperasi dan menduduki Kursus Pengendalian Makanan dengan jayanya dan mendapat sijil yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

9. Dimanakah pemilik lesen penjaja beredar (food truck) dibenarkan menjalankan perniagaan?

Pemilik lesen penjaja beredar (food truck) hendaklah berniaga di lokasi/tapak/petak yang dibenarkan sahaja seperti yang dinyatakan dalam Lesen.

Untuk penggunaan laluan pejalan kaki dan/atau ruang jalan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKAPB), DBKL.

10. Berapa lokasi yang boleh dipohon oleh seorang pemohon untuk berniaga di pasar malam?

Seseorang pemohon boleh memohon dan boleh dilesenkan sehingga 7 lokasi pasar malam yang berbeza sekiranya beroperasi pada malam yang berlainan.

11. Adakah lesen perniagaan dikeluarkan kepada warga asing dan bolehkah diambil bekerja sebagai pembantu gerai?

Tidak dikeluarkan kepada bukan warganegara Malaysia dan;

 Penjaja yang berlesen tidak dibenarkan mengambil pekerja mana-mana warga asing

12. Bolehkah pemilik lesen penjaja DBKL membuat pertukaran nama/ hak milik dan apakah dokumen yang diperlukan untuk proses tersebut?

Pertukaran nama/hak milik lesen boleh dibuat sekiranya pelesen telah meninggal dunia,  tidak sihat/tidak berminat  untuk meneruskan perniagaan. Pertukaran nama/hak milik lesen  dibenarkan kepada keluarga terdekat seperti kepada suami/isteri/anak kandung. Dokumen  yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Salinan kad pengenalan pelesen dan penama baru

ii. Salinan Kad Lesen Penjaja

iii. Bil bayaran  Lesen dan sewa(Pasar/Pusat Penjaja DBKL)

iv. Salinan sijil kelahiran / sijil kematian

v. Salinan sijil Pendaftaran perkahwinan

vi. Surat sumpah persetujuan suami/isteri /anak kandung

13. Apakah asas kelulusan bagi penganjuran Bazar Musim Perayaan seperti Bazar Ramadan, Bazar Tahun Baru Cina dan Bazar Deepavali ?

Berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan, Penjaja dan Gerai (WPKL) 1989, Jabatan akan meluluskan Permohonan Persatuan/NGO sekiranya lokasi penganjuran tersebut adalah seperti berikut: 

i. Tidak menghalang atau mengganggu kelancaran lalulintas

ii. Tiada aduan daripada penduduk setempat

iii. Tidak menimbulkan kacau ganggu

iv. Kawasan tradisi tiap-tiap tahun

14. Bolehkah pemilik menyewa atau memajak lokasi/tapak/petak kepada orang lain?

Pemilik tidak dibenarkan menyewakan atau memajak lokasi/tapak/petak kepada orang lain.

15. Apakah tindakan yang diambil jika berlaku pelanggaran syarat lesen penjaja

Pelanggaran syarat kepada Akta/ undang-undang kecil berkaitan pelesen akan dikenakan tindakan seperti berikut:

i. Notis Kompaun, dan jika masih melakukan kesalahan penjaja akan diberikan;

ii. Surat tunjuk sebab dan tindakan terakhir adalah;

iii. Pembatalan lesen penjaja

16. Mengapa tindakan pembatalan lesen diambil?

Pembatalan lesen akan dibuat jika:

i. Penjaja telah melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta/ undang-undang kecil berkaitan, syarat atau sekatan lesen;

ii. Penjaja mengemukakan dokumen palsu semasa membuat permohonan lesen

iii. Penjaja tidak menjalankan perniagaan melebihi 30 hari berturut-turut

17. Mengapakah tindakan roboh dan sita dikenakan kepada penjaja?

Tindakan roboh dan sita akan dibuat ke atas mana-mana penjaja yang mendirikan gerai;

i. Tidak mengikut ukuran yang ditetapkan

ii. Tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar

18. Adakah penjaja berhak menuntut hak tau apa-apa jenis kos kerugian sekiranya mendapat arahan untuk pemindahan/pengosongan tapak?

Penjaja sama sekali tidak dibenarkan menuntut sebarang hak atau apa-apa jua kos tuntutan apabila arahan perpindahan atau penutupan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

19. Apakah kategori produk biodegradasi yang dibenarkan untuk digunapakai?

Penetapan standard dan kriteria produk biodegradasi yang dibenarkan untuk digunapakai adalah jenis klasifikasi biodegradable (SIRIM Eco-001:2016) atau compostable (SIRIM Eco-009:2016)

20. Dimanakah saya boleh mendapatkan pembekalan produk biodegradasi?

Pembekalan produk biodegradasi boleh diperolehi daripada semua pembekal yang telah mendapat pensijilan SIRIM Eco-001:2016 dan Eco-009:2016 daripada SIRIM Berhad.

21. Bolehkah peniaga/ peruncit mengenakan caj terhadap pembungkusan produk biodegradasi?

Semua peniaga dan peruncit adalah dibenarkan untuk mengenakan caj 20 sen ke atas beg biodegradasi yang dibekalkan kepada pembeli.

22. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya pelesen tidak menggunakan produk bio?

Mana-mana pemegang lesen yang enggan atau gagal mematuhi arahan penggunaan produk bio tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pelesenan 1 Wilayah Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 bermula 1 September 2017 pelanggaran syarat lesen dan syarat tambahan boleh dikenakan hukuman seperti berikut:

 i. Kompaun sehingga RM1,000.00

ii. Lucut hak deposit

iii. Denda tidak lebih dari RM2,000.00 dan penjara tidak lebih setahun

iv. Pembatalan lesen

background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

10/06/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO