DBKL Tower 3
Utama / Jabatan / Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi

Pertanyaan ?

03-2617 6404

Fax

03-2698 3850

Alamat

Tingkat 13,19 & 20, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

Visi dan Misi

Visi

Ke arah merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau ikonik bertaraf dunia menjelang 2040

Misi

Pembangunan landskap yang mempunyai persekitaran hijau, sihat dan vibran dengan berteraskan kelestarian bandar serta kemakmuran warga kota.

# Nama Jawatan No Telefon Email [at]dbkl[dot]gov[dot]my Sektor Bahagian Unit Alamat
1 Puteri Khairul Fathiah binti Fahimudin Pengarah J14 03-2617 6385 fathiah - - - Tingkat 19, Menara DBKL 3
2 Noryanti binti Md. Nordin Setiausaha Pejabat N6 03-2617 6399 jlr - - - Tingkat 19, Menara DBKL 3
3 Norazam bin Mohamed Nor Timbalan Pengarah Kanan (Hortikultur) G13 03-2617 6415 norazam - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran - Tingkat 20, Menara DBKL 3
4 Nurwardina binti Mohammad Zaini Pembantu Setiausaha Pejabat N1 03-2617 6429 nurwardina - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran - Tingkat 20, Menara DBKL 3
5 Muhammad Fauzi bin Omar Timbalan Pengarah (Pentadbiran) N12 03- 2617 6407 muhammadfauzi - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak - Tingkat 19, Menara DBKL 3
6 Noor Haida binti Haji Hashim Timbalan Pengarah Kanan (Landskap) J13 03-2617 6457 noorhaida - Bahagian Perancangan dan Pembangunan Landskap - Tingkat 13, Menara DBKL 3
7 Hasna binti Mohd Noh Setiausaha Pejabat N6 03-2617 6242 - - Bahagian Perancangan dan Pembangunan Landskap - Tingkat 13, Menara DBKL 3
8 Siti Azura binti Roslan Timbalan Pengarah (Landskap) J12 03-2617 6246 sitiazura - Bahagian Pembangunan Landskap 1 - Tingkat 13, Menara DBKL 3
9 Nordiana binti Mohd Sayuti Timbalan Pengarah (Landskap) J12 0326176421 - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap - Tingkat 20, Menara DBKL 3
10 Khairulazlan bin Haji Rahmat Timbalan Pengarah (Hortikultur) G12 03-2617 6418 khairulazlan - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon - Tingkat 20, Menara DBKL 3
11 Khairul Amri bin Adam Penolong Pengarah Kanan (Landskap) J10 03-2617 6258 khairulamri - Bahagian Pembangunan Landskap 2 Zon Wangsa Maju, Maluri Tingkat 13, Menara DBKL 3
13 Khairul Amin bin Mirsa Hussain Penolong Pengarah Kanan (Landskap) J10 03-2617 6250 khairulaminmirsa - Bahagian Promosi dan Penyelenggaraan Rekreasi Unit Perancangan Strategik dan Publisiti Tingkat 13, Menara DBKL 3
14 Mohamad Afez bin Abdullah Penolong Pengarah Kanan (Landskap) J10 03-2617 6252 mohamadafez - Bahagian Promosi dan Penyelenggaraan Rekreasi Unit Penyelenggaraan Rekreasi Tingkat 13, Menara DBKL 3
14 Ahmad Azlan bin Mohd Miswan Penolong Pengarah Kanan (Landskap) J10 ahmadazlanmiswan - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap Unit Penilain Landskap Tingkat 20, Menara DBKL 3
15 Mohd Anuar bin Ahmad Penolong Pengarah Kanan (Landskap) J10 0326176417 - Bahagian Pembangunan Landskap 2 Zon Bandar Tun Razak, Sungai Besi Tingkat 20, Menara DBKL 3
16 Muhammad Aiman bin Abdul Hakim Penolong Pengarah Kanan (Landskap) J10 03-2617 6245 muhammadaiman - Bahagian Pembangunan Landskap 1 Zon Pusat Bandar Tingkat 13, Menara DBKL 3
17 Ahmad Rizal bin Mohamad @ Che Mat Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) J10 03-2617 6388 ahmadrizal - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran Unit Pengurusan Pokok Rendang Tingkat 19, Menara DBKL 3
18 Mohammad Haffiz bin Ch Rahalim Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 - haffiz - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran Unit Pengurusan Taman Botani -
19 Sharifah Dora binti Syed Mohamad Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 0326176434 sharifahdora - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Zon (Zon Utara) Tingkat 20, Menara DBKL 3
20 Siti Zanariah binti Zailani Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 03-2617 6389 sitizanariah - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Landskap Zon (Zon Pusat) Tingkat 19, Menara DBKL 3
21 Norliana binti Jamalludin Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 03-2617 6390 norliana - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran Unit Pengurusan Nurseri Tingkat 19, Menara DBKl 3
22 Muhammad Kamil bin Chek Kassim Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 03-2617 6387 muhammadkamil - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran Unit Pengurusan Pokok Rendang Tingkat 19, Menara DBKL 3
23 Alfiza binti Abdullah Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 - alfiza - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Landskap Zon (Zon Selatan) Tingkat 19, Menara DBKL 3
24 Muhamad Azwan bin Zainol Abidin Penolong Pengarah Kanan (Hortikultur) G10 - muhamadazwan - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Landskap Zon (Zon Tengah) -
25 Ahmad Farid bin Yahya Penolong Pengarah (Landskap) J9 - Bahagian Pembangunan Landskap 1 Zon Menjalara, Sentul Tingkat 13, Menara DBKL 3
26 Nour Sharifah Hafiezah binti Abd. Rani Penolong Pengarah (Landskap) J9 03-2617 6435 sharifahhafiezah - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap Unit Dasar dan Garis Panduan Tingkat 20, Menara DBKL 3
27 Muhammad Adri Ridha Bin Ahmad Penolong Pengarah (Landskap) J9 0326176419 - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap Unit Kawasan Lapang Tingkat 20, Menara DBKL 3
28 Azalia Natrah Binti Mohd Zaharim Penolong Pengarah (Landskap) J9 0326176428 azalianatrah - Bahagian Pembangunan Landskap 2 Zon Damansara, Penchala Tingkat 20, Menara DBKL 3
29 P Kubaesini A/P Pentayah Penolong Pengarah (Pentadbiran) N9 03-2617 6406 - - - -
30 Zairulnizam Bin Mohamed Zainudin Penolong Arkitek Landskap JA7 03-2617 6423 zairulnizam - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap Unit Kawasan Lapang Tingkat 20, Menara DBKL 3
31 Nor Asyikin binti Shaari Penolong Arkitek Landskap JA7 03-2617 6427 norasyikin - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap Unit Penilaian Landskap Tingkat 20, Menara DBKL 3
32 Abd. Razak bin Ahmad Penolong Arkitek Landskap JA7 03-2617 6248 abdrazakahmad - Bahagian Pembangunan Landskap 2 Zon Wangsa Maju, Maluri -
33 Mansor Adabi bin Awang Penolong Arkitek Landskap JA6 03-2617 6420 mansoradabi - Bahagian Dasar dan Kawalan Landskap Unit Kawasan Lapang Tingkat 20, Menara DBKL 3
34 Mohd Alfinas bin Mohd Karim Penolong Pegawai Tadbir N6 03-2617 6409 mohdalfinas - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan Kontrak Unit Pentadbiran, Kewangan dan pengurusan Kontrak Tingkat 19, Menara DBKL 3
35 Nurul Hudayu binti Mohd Yusof Penolong Akauntan W5 03-2617 6392 - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak Unit Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak Tingkat 19, Menara DBKL 3
36 Sabri bin Sidan Penolong Pegawai Pertanian G5 03-6257 1375 - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran Unit Pengurusan Nurseri -
37 Safzarina binti Ibrahim Penolong Pegawai Pertanian G5 03-2617 6392 - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Landskap Zon (Zon Pusat) -
38 Hamita Eliana binti Abd Mutalib Penolong Pegawai Pertanian G5 hamitaeliana - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Zon (Zon Pusat) -
39 Khalid bin Said Penolong Arkitek Landskap JA5 03-2617 6248 khalidsaid - Bahagian Pembangunan Landskap 1 Zon Menjalara, Sentul Tingkat 13, Menara DBKL 3
40 Rorsuhayu binti Muda Penolong Arkitek Landskap JA5 03-26176423 rorsuhayu - Bahagian Pembangunan Landskap 1 Zon Menjalara, Sentul Tingkat 13, Menara DBKL 3
41 Arisy bin Masri Penolong Arkitek Landskap JA5 03-2617 6249 arisy - Bahagian Pembangunan Landskap 1 Zon Pusat Bandar Tingkat 13, Menara DBKL 3
42 Norini binti Ruslan Penolong Pegawai Pertanian G5 03-26176423 norini - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon Unit Penyelenggaraan Zon (Zon Tengah) -
43 Mohd Saiful Azam bin Abdul Rahman Penolong Pegawai Pertanian - saifulazam - Bahagian Penyelenggaraan Landskap Zon, Pengurusan Pokok Rendang dan Nurseri, Bahagian Pentadbiran Unit Pengurusan Pokok Rendang -
44 Zairulhisham bin Abd Rahman Penolong Arkitek Landskap JA5 03-2617 6240 zairulhisham - Bahagian Promosi dan Penyelenggaraan Rekreasi Unit Penyelenggaraan Rekreasi Tingkat 13, Menara DBKL 3
45 Siti Zaleha binti Zainuddin Penolong Arkitek Landskap JA5 03-2617 6420 sitizalehazainuddin - Bahagian Pembangunan Landskap 2 Zon Bandar Tun Razak, Sungai Besi -
46 Noor Zilah binti Mohd Naguib Pembantu Tadbir (P/O) N3 03-2617 6386 - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak Unit Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan Kontrak Tingkat 19, Menara DBKL 3
47 Munirah binti Ab Ghani Pembantu Tadbir (P/O) N2 03-2617 6405 - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak Unit Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak Tingkat 19, Menara DBKL 3
48 Hazarina binti Harun Pembantu Tadbir (P/O) N2 03-2617 6403 - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan Kontrak Unit Pentadbiran , Kewangan dan Pengurusan Kontrak -
49 Rohani binti Ngah Pembantu Tadbir 03-2617 6403 - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Kontrak Unit Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan Kontrak Tingkat 19, Menara DBKL 3
53 Rohani binti Ismail Pembantu Khidmat Am H1 03261756259 - - - -
Tajuk Bahagian Kemaskini Terakhir Jumlah Muat Turun Muat Turun
BORANG SEMAKAN DIGITAL PERMOHONAN PENEBANGAN/ PENGALIHAN/ CANTASAN POKOK RENDANG PPP Unit Penilaian Landskap 06/06/2026 18
BORANG SEMAKAN DIGITAL PERMOHONAN PEMBANGUNAN LANDSKAP A17 Unit Penilaian Landskap 06/06/2026 38
Tajuk Bahagian Kemaskini Terakhir Jumlah Muat Turun Muat Turun
Pelan Pengurusan Pokok Rendang 15/06/2020 283
Pelan Strategik Pengurusan Risiko Pokok Teduhan Kuala Lumpur 2024-2030 16/07/2025 207
Senarai Semak Penanaman Pokok Teduhan 22/01/2024 187

TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK (TPKK)

1. Adakah taman permainan kanak – kanak terdapat di dalam semua taman awam?

Ya, kecuali di Taman Awam Rimba Kiara.

2. Adakah penggunaan taman permainan kanak - kanak ini percuma?

Ya, penggunaan taman permainan kanak – kanak ini adalah percuma.

3. Adakah terdapat had umur untuk menggunakan peralatan permainan?

Kanak – kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja dibenarkan untuk menggunakan peralatan permainan di dalam taman permainan.

4. Adakah orang dewasa dibenarkan untuk menggunakan peralatan permainan ini?

Orang dewasa tidak dibenarkan untuk menggunakan alatan di dalam taman permainan kanak – kanak.

5. Bolehkan haiwan peliharaan dibawa ke kawasan taman permainan kanak – kanak ?

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam taman permainan kanak – kanak.

6. Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara taman permainan kanak – kanak ini?

Taman permainan kanak – kanak adalah di bawah selenggaraan Unit Kawasan Lapang dan Penyelenggaraan Rekreasi, JPLR.

7. Adakah penjaja dibenarkan untuk berniaga di dalam taman permainan kanak - kanak?

Penjaja tidak dibenarkan untuk berniaga di dalam taman permainan kanak – kanak.

8. Adakah kenderaan bermotor dibenarkan di dalam taman permainan kanak – kanak?

Tiada sebarang kenderaan dibenarkan di dalam kawasan taman permainan kanak – kanak.

9. Bagaimana saya boleh membantu menjaga taman permainan kanak – kanak ini?

Memastikan alatan permainan digunakan dengan baik, tiada sebarang aktiviti vandalisme, menjaga kebersihan di dalam taman permainan dan mematuhi larangan – larangan yang telah dinyatakan pada papan tanda taman permainan kanak – kanak.

10. Apa yang perlu dilakukan jika terdapat kerosakan pada peralatan permainan kanak - kanak?

Aduan kerosakan boleh dibuat di Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) melalui laman web adukl.dbkl.gov.my

POKOK HIASAN

1. Adakah DBKL menyediakan perkhidmatan sewaan pokok hiasan?

DBKL telah menyediakan perkhidmatan sewaan pokok hiasan sejak 26 tahun yang lalu, perkhidmatan ini ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga kini.

2. Siapakah yang boleh membuat sewaan pokok hiasan?

i. Swasta/Kerajaan: untuk acara Korporat, pameran, atau majlis agensi

ii. Individu: untuk acara peribadi seperti perkahwinan, majlis Rumah terbuka atau parti

iii. NGO/pertubuhan/persatuan:  untuk acara rasmi/persendirian

3. Bagaimana cara menyewa pokok hiasan daripada DBKL?

Setiap kelulusan yang dikeluarkan adalah tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan seperti berikut:  

i. Semua urusan permohonan sewaan hendaklah dibuat di dalam waktu pejabat sahaja seperti berikut: -  

a. Isnin sehingga Jumaat       :    8.00 pagi sehingga 5.00 petang  

b. Sabtu, Ahad dan Cuti Am :    Tutup  

ii. Permohonan hendaklah dibuat melalui E-mel selewat-lewatnya EMPAT BELAS HARI (14 HARI) berkerja sebelum tarikh majlis/program bagi tujuan Pentadbiran dan perancangan Jadual kerja kakitangan.   

iii. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak MENOLAK sebarang permohonan yang dihantar kurang dari tempoh yang telah dinyatakan.

iv. Cagaran hendaklah dibayar seawal empat belas (14) hari sebelum majlis berlangsung. Cagaran tidak akan dikembalikan jika ada berlaku kerosakkan atau pembatalan majlis kurang dari tiga (3) hari.  Cagaran dibayar hanya secara TUNAI. Cagaran hendaklah dibayar 30% dari harga sewaan. Cagaran hendaklah dituntut dalam tempoh 30 hari selepas majlis selesai. Selepas 30 hari tuntutan cagaran tidak akan dikembalikan.  

v. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan pokok bunga hiasan pihak penganjur/agensi hendaklah mengganti rugi SEPENUHNYA ke atas kerosakan atau kehilangan pokok bunga hiasan yang dilakukan.

vi. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan Tujuh Hari (7 Hari) sebelum majlis/program dilaksanakan.  

vii. Tiada sebarang penghantaran bunga atau bekalan yang akan dihantar sekiranya bayaran tidak diterima oleh Bendahari Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  

viii. Pemohon hendaklah setuju menggunakan kaedah bayaran secara Tunai atau Online Transfers (EFT) sahaja. Bukti pembayaran bil hendaklah dihantar melalui E-mel yang dinyatakan di dalam surat.

ix. Kelulusan bagi semua permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan oleh Ketua Jabatan sahaja.

x. Permohonan yang diterima juga tertakluk kepada keupayaan bekalan dan kekosongan jadual tempahan.

xi. Tiada penghantaran pokok bunga hiasan di luar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali Majlis DBKL sahaja.

xii. Jikalau pemohon membuat bayaran melalui Local Order (LO) permohonan hendaklah dibuat Tiga Minggu (3 Minggu) sebelum Tarikh majlis/program berlangsung atas proses penerimaan bayaran perlu mengambil masa.  

xiii. Pemohon hendaklah SETUJU dengan kadar harga sewaan bunga hiasan yang telah ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  

xiv. Pemohon hendaklah SETUJU dengan jenis pokok bunga hiasan yang tersedia ada di Nurseri Hiasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

xv. Tiada penajaan/percuma bagi pokok bunga hiasan untuk agensi-agensi luar selain DBKL.

xvi. Orang awam atau Pemohon tidak diberi kebenaran mengunjungi atau masuk ke Nurseri Hiasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  

  

Segala Pertanyaan Sila Hubungi:  

Unit Taman Botani dan Penyelenggaraan Nurseri   

Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi  

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  

Lot 60, Pejabat Herbarium, Pejabat Taman Botani Perdana   

Jalan Cenderawasih Seksyen 59, WPKL, 50480  

Tel   : 03-2276 0432       

Emel  : jlr@dbkl.gov.my

4. Apakah jenis pokok hiasan yang boleh disewa?

i. Pokok Annuals

Cth: Marigold, Celosia. Vincca, Coleus, Cosmos

TAMAN AWAM DAN TANDAS

1. Bagaimana cara untuk menyewa taman awam?

Permohonan boleh melalui:

i) Unit Tempahan di talian 03 – 2617 6393,

ii) Emel [jlr@dbkl.gov.my]; dan

iii) Surat rasmi

2. Bagaimana jika berlaku kerosakan kepada kemudahan taman semasa sewaan?

Pemotongan daripada cagaran akan dibuat sekiranya terdapat kerosakan semasa sewaan.

3. Berapakah kadar bayaran untuk menyewa taman awam?

Sila hubungi Unit Tempahan di talian 03-2617 6393.

4. Jika penganjur/ pemohon menggunakan utiliti, adakah perlu dicas?

Ya. Penganjur/Pemohon perlu membuat tempahan sewaan terlebih dahulu.

5. Adakah peralatan seperti meja, kerusi atau khemah disediakan semasa sewaan?

Tidak.

6. Adakah taman boleh disewa untuk tujuan perniagaan seperti gerai makanan atau bazar?

Tidak boleh.

7. Bolehkah saya membatalkan tempahan sewaan dan mendapatkan bayaran balik?

i. Boleh. Namun begitu, bayaran bagi sewa – tidak dikembalikan, cagaran – dipulangkan semula.

ii. DBKL berhak menunda tarikh sekiranya ada pertindihan tarikh program DBKL

8. Apakah peraturan mengenai kebersihan dan keselamatan taman awam?

9. Bilakah waktu beroperasi tandas awam dibuka?

Setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

10. Berapa caj untuk penggunaan tandas awam?

Caj penggunaan tandas: 20 sen

Caj penggunaan mandi: 50 sen

POKOK RENDANG

1. Bagaimana cara membuat aduan jika ada pokok besar yang berisiko untuk tumbang?

Aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) melalui laman web adukl.dbkl.gov.my

2. Berapa lama masa diambil untuk tindakan selepas aduan dibuat?

Tempoh aduan bergantung kepada keadaan dan situasi semasa di tapak.

3. Adakah saya boleh menebang pokok di hadapan rumah saya sendiri?

Tidak boleh. Orang awam boleh membuat aduan melalui Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) melalui laman web adukl.dbkl.gov.my

4. Kenapa ada pokok ditebang walaupun kelihatan masih sihat?

Terdapat beberapa sebab, antaranya adalah:

i. Akar pokok telah merosakkan struktur seperti longkang/ jalan/ bangunan

ii. Didapati pokok tersebut rosak di bahagian dalam (reput/ penyakit/ kecederaan/ lain-lain).

iii. Pokok terlalu dekat dengan papan tanda, CCTV, tiang elektrik dan tiang telekomunikasi.

iv. Terlibat dengan cadangan pembangunan

5. Adakah pemangkasan pokok dilakukan secara berkala atau hanya apabila ada aduan?

Pemangkasan pokok rendang dilakukan secara berkala dengan kekerapan 10 bulan sekali. Selain itu, pemangkasan dan penebangan juga dilakukan berdasarkan aduan yang diterima dengan mengambil kira keadaan semasa pokok.